PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 mampu melepasi sasaran 35 pingat yang ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Beliau berkata, ia berdasarkan prestasi semasa ditampilkan kem negara yang kini meraih keseluruhan 16 pingat, termasuk empat emas walaupun baru sahaja dua hari temasya sukan berkenaan membuka tirai sejak Ahad.
"Hari ini hari kedua selepas pembukaan dan setiap hari saya dapat update, banyak pingat sudah masuk (diraih). Saya yakin kita akan melepasi sasaran MPM dan MSN.
"Tahniah untuk mereka yang telah berikan emas, terima kasih atas prestasi cemerlang mereka," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran Kejohanan Boling Kebangsaan Malaysia ke-45 dan Kejohanan Boling Antara Negeri ke-34, di sini, pada Selasa.
Malaysia kini berada di tangga kelapan dalam carta pungutan pingat pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dengan merangkul empat emas, enam perak dan enam gangsa.
Dalam pada itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa menyalurkan geran padanan sebanyak RM60,000 kepada Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) untuk menganjurkan kejohanan berprestij selain pembangunan atlet boling di peringkat akar umbi.
"Saya harap dengan adanya geran padanan sukan dapat melahirkan lebih ramai juara dunia dalam sukan boling," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata, geran padanan yang diterima akan dimanfaatkan kongres berkenaan untuk mengadakan pelbagai program pembangunan jurulatih di negeri-negeri dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh dunia.
"KBS menyerahkan dana itu untuk adakan kejohanan, tetapi kita juga akan manfaatkannya untuk program jurulatih seperti mengadakan klinik dan kursus untuk jurulatih di semua negeri," katanya.
Mengenai Kejohanan Boling Kebangsaan Malaysia ke-45 dan Kejohanan Boling Antara Negeri ke-34 yang akan membuka tirai esok, Maradona berkata MTBC berharap ia dapat mencungkil lebih ramai pemain boling berbakat, sekali gus melahirkan lebih ramai juara dunia pada masa akan datang. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Hannah berkata, ia berdasarkan prestasi semasa ditampilkan kem negara yang kini meraih keseluruhan 16 pingat, termasuk empat emas walaupun baru sahaja dua hari temasya sukan berkenaan membuka tirai sejak Ahad. - Gambar fail/Bernama

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.

Malaysia berhasrat anjur ATBC 2028
Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) edisi 2028.

Malaysia sertai 12 kejohanan boling antarabangsa pada 2024 - MTBC
Kongres Tenpin boling Malaysia (MTBC) telah menyenaraikan 12 kejohanan antarabangsa untuk disertai pemain boling negara, sepanjang tahun hadapan.

Sukan Para Asia: Hannah optimis kontinjen negara mampu lepasi sasaran pingat
Hannah optimis kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 mampu melepasi sasaran 35 pingat yang ditetapkan MPM dan MSN.

Pemergian 'Uncle George' satu kehilangan untuk sukan Malaysia - MOM
George Heng Kiah Choong merupakan salah seorang daripada perintis dalam pemasaran dan penajaan sukan di Malaysia dan bersama MOM.

Dua atlet, seorang jurulatih skuad tenpin boling positif COVID-19 - MTBC
Sambutan Syawal buat atlet tenpin boling negara pastinya berlainan kali ini apabila mereka terpaksa meraikannya secara berasingan selepas tiga daripada atlet disahkan positif COVID-19.

Shalin bersara daripada mewakili skuad tenpin boling negara
Ratu tenpin boling negara dan bekas juara dunia Shalin Zulkifli hari ini secara rasminya mengundur diri daripada mewakili Malaysia.

COVID-19: Atlet boling tidak dibenar sertai kejohanan luar negara hingga Mei
Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) memutuskan untuk tidak membenarkan atlet boling negara menyertai semua kejohanan di luar negara sehingga bulan Mei berikutan penularan COVID-19.

Rafiq Ismail dibantu jurulatih Amerika Syarikat untuk mengharungi kejohanan PBA
Tiada potongan bajet terhadap program Rafiq Ismail malah dia akan dapat bantuan jurulatih yang berpangkalan di AS.

Rafiq akan ke AS tanpa jurulatih dan pengurus pasukan
Latihan dan pendedahan terbaik buat Rafiq Ismail untuk menjadi pemain yang lebih hebat.

Sharon Koh terpilih ke skuad elit wanita
Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menamakan Sharon Koh sebagai anggota terakhir skuad elit wanita kebangsaan.