KUALA LUMPUR:Ratu tenpin boling negara dan bekas juara dunia Shalin Zulkifli hari ini secara rasminya mengundur diri daripada mewakili Malaysia.
Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok mengesahkan perkara ini dan berkata Shalin, 42, yang mempunyai kerjaya cemerlang dengan mengumpul 74 pingat di peringkat senior menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi Ketua Jurulatih Kebangsaan Holloway Cheah pagi tadi.
"Beliau secara rasminya meletak jawatan daripada skuad negara, dia telah mengumumkan persaraannya, saya fikir beliau akan buat sidang media dalam masa terdekat.
Beliau telah membayangkan sebelum ini bahawa sudah tiba masanya untuk bersara, dia juga memandang kepada masa depan tetapi tidak pernah memberitahu tarikh sebenar (persaraan), jadi ia merupakan satu kejutan apabila beliau mengumumkannya hari ini, " katanya kepada Bernama hari ini.
Chok berkata persaraan sering bermain di minda Shalin buat sekian lama dan MTBC menerima keputusan beliau dengan hati yang terbuka.
Beliau berkata MTBC sebagai badan induk akan terus menyokong Shalin di waktu pasca persaraannya.
"Beliau lebih tahu mengenai masa depannya, dia telah merancang perkara yang perlu dilakukan, jadi saya rasa masanya telah tiba untuk Shalin melakukan sesuatu yang baharu dan sudah tentu MTBC akan menyokong sepenuhnya keputusannya," kata Chok.
Shalin dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali (1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002).
Beliau menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021

Shalin dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali (1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002). - Gambar fail/ Bernama
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

ATBC: Shalin puji aksi cemerlang skuad boling lelaki negara
Kemenangan anak buah Ben Heng itu membuktikan prestasi mereka berada pada tahap terbaik berbanding penampilan di Queensland, Australia tahun lepas.

Bersediakah Malaysia kehilangan dua lagi ikon sukan?
Bersediakah kita kehilangan dua lagi atlet berstatus legenda sekiranya mereka mengambil pendekatan sama tahun depan?

Bersara atau tidak, tunggu Sukan Asia 2022, kata Shalin
Mungkinkah temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia detik terakhir ratu boling negara, Shalin Zulkifli, menyarung jersi 'Malaysian Heroes'?