Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) memutuskan untuk tidak membenarkan atlet boling negara menyertai semua kejohanan di luar negara sehingga bulan Mei berikutan penularan COVID-19.
Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata keputusan itu dibuat semalam, pada mesyuarat exco tergempar yang diadakan khusus untuk membincangkan mengenai perancangan kejohanan skuad boling kebangsaan berikutan atlet sendiri menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan mereka.
"Sebagai pengurus pasukan, berdasarkan perbincangan dengan atlet, saya mendapati kebanyakan mereka bimbang mengenai penularan COVID-19 dan mengambil kira pandangan dan nasihat Majlis Sukan Negara (MSN), saya mencadangkan agar kedua-dua perjalanan ke luar negara itu dibatalkan.
"Exco juga telah bersetuju dengan cadangan untuk membatalkan perjalanan skuad negara ke luar negara demi keselamatan atlet, dan tidak mahu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan atlet dan pegawai. MTBC akan mengkaji semula penyertaan kejohanan pada Jun," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.
Berikutan keputusan itu, skuad boling lelaki terpaksa menarik diri daripada menyertai cabaran Brunswick Euro di Munich, Jerman pada 17-21 Mac, manakala pasukan wanita pula menarik diri daripada Siri Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) di Amerika Syarikat.
Skuad wanita juga telah mendaftar untuk menyertai Terbuka Tucson pada 23-25 April, Terbuka Spokane (30 April hingga 2 Mei), Terbuka Sacramento (7-9 Mei) dan Kejohanan USBC Queens (13-19 Mei).
Menurut Maradona, pasukan boling negara akan terus memberi tumpuan kepada latihan di samping menjalani perlawanan play-off untuk memastikan mereka kekal kompetitif.
"Biarpun ia satu situasi yang tidak ideal, tapi menyertai kejohanan di luar negara boleh mendatangkan mudarat daripada kebaikan. Tambahan pula, membiarkan atlet berada dalam risiko jangkitan COVID-19, lebih memberi tekanan kepada mereka.
"Skuad negara mempunyai minda yang kuat untuk mengatasi masalah kekurangan pertandingan. Pada pendapat saya, mereka boleh menajamkan permainan dan kekal kompetitif walaupun bertanding sesama mereka," katanya.
Penularan COVID-19 ini menjejaskan sukan boling di Asia berikutan penangguhan beberapa kejohanan termasuk Terbuka Malaysia ke-41 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac hingga 4 April di Sunway Mega Lanes, Terbuka Thailand dan Terbuka Incheon di Korea Selatan.
MSN juga melarang semua atlet daripada menyertai sebarang kejohanan atau latihan di lima negara iaitu China, Korea Selatan, Iran, Jepun dan Itali, sepanjang bulan ini susulan penularan COVID-19 yang meragut 3,200 nyawa dan lebih 95,000 dijangkiti di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 06 2020

Penularan COVID-19 ini menjejaskan sukan boling di Asia berikutan penangguhan beberapa kejohanan termasuk Terbuka Malaysia ke-41. - Gambar fail/BERNAMA
Menjelang Aidilfitri: Permintaan tinggi, KTMB tambah lagi 5,016 tiket ETS
Disebabkan permintaan yang tinggi menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna melibatkan laluan KL Sentral-Butterworth dan KL Sentral-Padang Besar.
Zelenskyy: Perbualan bermakna dengan Trump tentang gencatan
Zelenskyy menyifatkan perbualannya dengan Trump sebagai "bermakna," dengan pasukan Ukraine dan AS dijangka bertemu di Arab Saudi bagi membincangkan gencatan senjata separa serta pengukuhan pertahanan udara.

Kelayakan Piala Dunia: Tuchel perjelas sebab Jordan Henderson kembali sertai skuad England
Tuchel percaya pemain tengah itu boleh menjadi "gam yang menjadikan sesuatu itu bertukar istimewa."
Hamparan 33,000 permaidani mewah hiasi Masjidilharam sepanjang Ramadan
Bagi memastikan keselesaan jemaah yang menunaikan ibadah, sejumlah 33,000 permaidani mewah sepanjang bulan suci Ramadan.
Fokus kini pada damai, bukan mineral Ukraine - AS
White House mengesahkan bahawa perjanjian sumber mineral AS-Ukraine tidak lagi menjadi keutamaan, dengan fokus kini beralih kepada usaha damai antara Ukraine dan Rusia.
AS lancar serangan udara di Yaman
AS melancarkan serangan udara ke atas ibu kota Yaman, Sanaa, menyasarkan tapak Houthi selepas serangan kumpulan itu di Laut Merah, sementara Houthi berikrar meningkatkan serangan, termasuk terhadap Israel.
Israel lancar operasi darat baharu di Gaza
Tentera Israel menyambung operasi darat di Gaza susulan serangan udara yang mengorbankan 48 nyawa, sementara PBB mengecam serangan terhadap kakitangannya dan menggesa siasatan penuh.
46 kertas siasatan dibuka berhubung skim pelaburan SILEGX
Polis telah membuka 46 kertas siasatan berhubung kes skim penipuan pelaburan SILEGX.
Kerugian dilaporkan melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
Kerugian dilaporkan melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
Tujuh individu ditahan disyaki terlibat sindiket tipu kerja
Lima lekaki dan dua wanita ditahan polis dalam serbuah di sebuah kondominium di Cyberjaya.
Penahahan itu dipercayai susulan kondominium itu yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Penahahan itu dipercayai susulan kondominium itu yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Kali kelima, Ismail Sabri sambung rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, kehadiran kali kelima bagi tujuan merakam percakapan berhubung siasatan dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

COVID-19: Atlet boling tidak dibenar sertai kejohanan luar negara hingga Mei
Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) memutuskan untuk tidak membenarkan atlet boling negara menyertai semua kejohanan di luar negara sehingga bulan Mei berikutan penularan COVID-19.