THOMAS Tuchel percaya Jordan Henderson boleh menjadi "gam yang menjadikan sesuatu itu bertukar istimewa" selepas membawa pemain tengah itu kembali ke dalam skuad England.

Henderson, yang tidak dipanggil untuk Three Lions sejak November 2023, merupakan satu kejutan oleh ketua jurulatih The Three Lions itu sejak mengambil alih tugas berkenaan daripada Gareth Southgate.

Pemain berusia 34 tahun itu mendapati dirinya terpinggir sejak 16 bulan lalu selepas meninggalkan Liverpool untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq, sebelum menyertai Ajax pada Januari 2024.

Henderson telah bermain sebanyak 39 kali dalam kancah Eredivisie musim ini dengan 30 daripadanya di bawah kendalian Francesco Farioli.

"Dia merangkumi segala-galanya. Dia adalah juara bersiri, personaliti dan karakternya," katanya kepada ITV.

"Dia adalah gam dalam setiap pasukan yang dia pernah wakili, gam yang menjadikan sesuatu itu istimewa.

"Saya yakin. Jika seorang guru di sekolah yakin tentang kualiti kelasnya, karakter di kelas, ia adalah lebih baik daripada sebaliknya."

England berdepan Albania dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia pada awal Sabtu ini.