THE Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang tampil membuat cameo (penampilan istimewa) dalam satu video muzik sempena Hari Raya Aidilfitri bersama selebriti sensasi Alif Satar & The Locos yang berjudul 'Ini Hari Raya'.

Dalam video muzik tersebut, Azizul nampak gembira menunggang motosikal sambil menyanyi bersama kumpulan muzik itu. Lagu Hari Raya Aidilfitri itu setakat ini telah mencapai 55,000 penonton dalam masa sembilan hari.



Apa pendapat anda? Selain menjadi atlet berbasikal trek berprestij tanah air, Jijoe mempunyai bakat dalam bidang lakonan atau tidak? Anda boleh saksikan video muzik 'Ini Hari Raya' oleh Alif Satar & The Locos di Youtube hari ini.


-- Stadium Astro