Mohammed Marhoon meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Bahrain dan Indonesia di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, Bahrain, 10 Okt 2024. - REUTERS
JARINGAN menarik ala Puskas pemain Bahrain, Mohammed Marhoon, pada minit ke-15 menewaskan Maarten Paes yang seakan terkesima dengan situasi itu dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia, awal pagi tadi.
Jaringan yang diambil daripada sepakan percuma itu mencuri tumpuan ramai selepas manerjah tiang gol sebelum masuk ke gawang skuad Garuda dengan jaringan itu berpotensi untuk berada dalam senarai jaringan Puskas musim ini.
Begitupun, jaringan Ragnar Oratmengoen dan Rafael Struick memastikan skuad kendalian Shin Tae-yong membawa pulang satu mata dari Stadium Nasional Bahrain untuk kedudukan terikat 2-2 hingga wisel penamat.