MALAYSIA perlu melihat pelbagai sudut kesan jangka pendek dan panjang sebelum menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menganjurkan temasya tersebut bagi edisi 2026.
Itu pandangan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias selepas diminta mengulas tawaran CGF kepada Malaysia bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri sebagai tuan rumah temasya itu pada 2026.
Pada masa sama Suhardi menimbulkan persoalan keghairahan badan induk Olimpik negara terhadap penawaran CGF ketika negara lain menarik diri untuk menganjurkannya.
“Hakikatnya Victoria sanggup membayar sejumlah wang yang begitu banyak sebagai pampasan selepas menarik diri dari menganjurkan temasya tersebut.
“Sejujurnya saya cukup amat hairan mengapa kita beria-ia nak ambil temasya yang negara lain tidak mahu anjurkan?, ibarat umpama tiada beban, batu hendak digalas.
“Seperkara lagi, kita juga perlu melihat apa yang berlaku kepada Birmingham selepas menganjurkan edisi 2022 walaupun telah lebih awal dinasihatkan supaya tidak meneruskannya sebelum ini,” kata Suhardi.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini memaklumkan telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan mengenai cadangan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 selepas mendapat tawaran rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Sabtu memaklumkan, Kabinet akan membuat keputusan sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dalam masa terdekat.
Malah, sebagai tuan rumah, CGF menawarkan Malaysia dana 100 juta pound bagi menyokong perancangan menganjurkan edisi 2026 akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan temasya sukan itu.
Jelas Suhardi lagi, beliau berpandangan bukan satu langkah bijak bagi Malaysia untuk mengambil bahagian sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 pada ketika kelembapan ekonomi dunia.
“Ini kerana saya menjangka kos untuk menganjurkan temasya di sini adalah antara RM1 billion untuk acara asas dari keseluruhan kos yang dijangka mampu mencecah sehingga RM13 billion.
“Malah suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) daripada CGF untuk menyokong perancangan penganjuran edisi 2026 tidak akan mengurangkan beban tuan rumah,” katanya.
Victoria, Australia, menarik diri tahun lalu dengan alasan kos yang semakin meningkat, yang dijangka mencecah sehingga A$7 bilion (RM21.7 bilion) dan dilaporkan, bersetuju membayar A$380 juta (RM1.1 bilion) kepada CGF kerana melanggar kontrak.
Pada masa sama Suhardi percaya adalah lebih baik bajet untuk temasya itu dibelanjakan bagi meningkatkan pembangunan atlet dan ekosistem sukan negara kepada semua 103 persatuan sukan kebangsaan dan persatuan sukan para kebangsaan.
“Jika kita ambil RM1 bilion, sebagai contoh, setiap persatuan akan menerima kira-kira RM10 juta setiap satu, yang boleh mereka gunakan untuk menjalankan program pembangunan dan latihan. Ini akan meningkatkan ekosistem sukan di negara ini dan lebih mampan.
“Malah Yang di-Pertuan Agong meminta kerajaan berhemat dalam perbelanjaan dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang diperlukan sahaja,” katanya yang berharap semua pihak peka pandangan awam apabila terdapat cabaran untuk menutup akaun Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2017 sebelum ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 13 2024
![Sukan Komanwel 2026: 'Umpama tiada beban, batu hendak digalas' Sukan Komanwel 2026: 'Umpama tiada beban, batu hendak digalas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710301782_TBSUHARDIALIASj.jpg)
Suhardi menimbulkan persoalan keghairahan badan induk Olimpik negara terhadap penawaran CGF ketika negara lain menarik diri untuk menganjurkannya. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027 PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734353396_tbPresidenpersekutu.jpg)
PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027
Awalan berkata peluang untuk boling padang dipertandingkan pada edisi 2027 dilihat cerah selepas perbincangan bersama MOM baru-baru ini.
![Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731141820_TBMohdNazifuddinNaj.jpg)
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
![Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729639812_CommonwealthGamesG.jpg)
Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan
Mohd Nazifuddin berkata langkah yang dibuat tuan rumah itu tidak dapat dielakkan selepas Victoria, Australia menarik diri tahun lepas.
![Glasgow sah tuan rumah Sukan Komanwel 2026 Glasgow sah tuan rumah Sukan Komanwel 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729595779_CommonwealthSport.jpg)
Glasgow sah tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan Glasgow sebagai bandar tuan rumah Sukan Komanwel 2026 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos.
![Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026 Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692863343_ShapawiIsmail.jpg)
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
![Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711090402_HannahYeoh.jpg)
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
![Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702535323_TBHannahyeohjpg.jpg)
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
![Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710729100_AhmadFaizalDatukA.jpg)
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
!['Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel' 'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710466445_ReezalMericanNaina.jpg)
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
![Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702535323_TBHannahyeohjpg.jpg)
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.