BIRMINGHAM: Dua wakil negara mengesahkan slot ke suku akhir dalam dua situasi berbeza acara boling padang pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Victoria Park, Leamington Spa, di sini, pada Sabtu.
Atlet berpengalaman, Siti Zalina Ahmad mara dalam kelompok lapan terbaik dalam acara singles (perseorangan) wanita selepas mencatat kemenangan ketiga berturut-turut semalam.
Atlet berusia 43 tahun itu menewaskan wakil Singapura, Shermeen Lim, 21-17. Beliau akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan berdepan, Katelyn Inch dari New Zealand, bagi menentukan juara kumpulan.
Sebagai rekod, Siti Zalina muncul pemenang pingat emas acara perseorangan pada edisi di Melbourne, Australia, pada 2006.
Beliau juga pernah bertanding pada edisi 2002 di Manchester dan New Delhi 2010.
Siti Zalina, yang mengungguli acara berpasangan bersama Emma Firyana Saroji, pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, juga akan turun mempertahankan pingat emas pada temasya kali ini.
Sementara itu, pasukan lelaki negara boleh menarik nafas lega apabila berjaya mara ke suku akhir walaupun tumpas kepada Afrika Selatan, 12-17, dalam acara triples (bertiga) pada Sabtu.
Biarpun Malaysia dan Afrika Selatan masing-masing mencatat satu kemenangan, skuad negara dibarisi Izzat Shameer Dzulkeple, Mohammad Syamil Syazwan Ramli dan Muhammad Soufi Rusli, melangkah ke suku akhir berdasarkan perbezaan mata untuk menduduki tempat kedua di belakang England.
Mengulas aksi suku akhir semalam, pengurus pasukan negara, Syed Zainal Abidin Syed Zin, berharap pemain negara dapat terus mempamerkan persembahan terbaik pada perlawanan itu.
"Prestasi kesemua pasukan dilihat seimbang. Jika pemain kita berada di prestasi terbaik selain ada tuah, mereka boleh melangkah ke peringkat seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
![Sukan Komanwel: 2 wakil negara ke suku akhir boling padang Sukan Komanwel: 2 wakil negara ke suku akhir boling padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659214877_SitiZalinaAhmad.jpg)
Aksi Siti Zalina ketika berdepan Olivia Eunice Buckingham pada pusingan pertama acara Boling Padang Perseorangan Wanita pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Victoria Park Birmingham, 29 Julai. --fotoBERNAMA
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.
![Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007308_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.
![PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027 PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734353396_tbPresidenpersekutu.jpg)
PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027
Awalan berkata peluang untuk boling padang dipertandingkan pada edisi 2027 dilihat cerah selepas perbincangan bersama MOM baru-baru ini.
![Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727520330_tbMohdFirdaus.jpg)
Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir Para SUKMA 2024 selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8.
![Para SUKMA 2024: Kontinjen Perak sasar 28 pingat emas Para SUKMA 2024: Kontinjen Perak sasar 28 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726824986_ParaSUKMA.jpg)
Para SUKMA 2024: Kontinjen Perak sasar 28 pingat emas
Kontinjen Perak menyasarkan 28 pingat emas dengan kedudukan tiga teratas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini.
![Perak sasar satu emas boling padang di SUKMA 2024 Perak sasar satu emas boling padang di SUKMA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721531857_tbAtletbolingpadan.jpg)
Perak sasar satu emas boling padang di SUKMA 2024
Mohamad Ali yang menyumbang emas acara triples, berharap dapat mempertahankan emas dimenangi pada edisi 2022 di Kuala Lumpur.
![Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717406081_tbAtletparaBoling.jpg)
Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah
Atlet boling padang para wanita negara, Hasmunirah Maliki menyifatkan kejayaan muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan, baru-baru ini sebagai tuah.
![Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia! Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714257677_FarahAin.jpg)
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
![Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13! Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710119582_TBKejohananBoling.jpg)
Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.
![Boling padang tuai satu emas, dua perak di Thailand Boling padang tuai satu emas, dua perak di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709846456_TBboling.jpg)
Boling padang tuai satu emas, dua perak di Thailand
Perseorangan negara Izzat Shamee Dzulkeple mempertahankan pingat emas selepas menundukkan lawan dari Hong Kong, James Po 21-9.
![PLBM anjur Liga Boling Padang Kebangsaan tahun depan PLBM anjur Liga Boling Padang Kebangsaan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695769662_Dinner.jpg)
PLBM anjur Liga Boling Padang Kebangsaan tahun depan
Kejohanan itu akan berlangsung di lima zon seluruh negara iaitu utara, selatan, tengah, pantai timur dan Sabah/Sarawak.
![Boling padang: Hasrat Izzat, Nurul Alyani ke final Champion of Champions tidak kesampaian Boling padang: Hasrat Izzat, Nurul Alyani ke final Champion of Champions tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694860536_IzzatShameerDzulke.jpg)
Boling padang: Hasrat Izzat, Nurul Alyani ke final Champion of Champions tidak kesampaian
Hasrat dua atlet boling padang kebangsaan ke pentas final kejohanan Champion of Champions 2023 di Gold Coast, Australia tidak kesampaian.