MELAKA: Enam atlet karate negara telah mengesahkan tempat mereka untuk bersaing dalam Sukan Asia yang bakal berlangsung di Hangzhou, China pada Oktober depan.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata pemilihan tersebut berdasarkan persembahan mereka sebelum ini termasuk pada Kejohanan Karate Asia 2023 yang sedang berlangsung di Melaka.
"Kita telah memilih Mohammad Arif Afifuddin, H. Sankar Sureeya, S. Prem Kumar dan R. Shamendran bagi lelaki manakala kategori wanita, kita sandarkan kepada C. Shahmalarani dan P. Madhuri. Mereka akan bertanding dalam acara individu Kumite.
"Kita sasarkan sebutir emas pada pertandingan tersebut namun melalui siapa dan kategori apa, kita akan lihat kemudian," katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu Kejohanan Karate Asia 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini semalam.
Katanya sebagai persiapan, keenam-enam atlet tersebut akan mengharungi tiga kejohanan yang akan berlangsung di Tunisia, Maghribi dan sebuah negara di Eropah.
"Kita ada dua bulan lagi sebagai persiapan dan kejohanan tersebut adalah antara persediaan dan pendedahan yang boleh kita berikan kepada atlet ini.
"Dalam tempoh itu juga berkemungkinan ada perubahan dari segi kategori memandangkan kita akan tengok kesesuaian atlet pada kejohanan tersebut," katanya.
Mengulas mengenai pencapaian kontinjen negara yang setakat ini gagal menyinar pada Kejohanan Karate Asia edisi ke-19, Nur Azmi mengakui agak kecewa memandangkan mereka 'bertempur' di laman sendiri.
"Bagaimanapun kejayaan meraih dua pingat gangsa juga satu pencapaian dan kita harap sesuatu yang lebih positif pada aksi berpasukan esok," katanya.
Kejohanan Karate Asia 2023 berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat dengan 388 atlet daripada 32 negara bertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Nur Azmi berkata, sebagai persiapan, keenam-enam atlet tersebut akan mengharungi tiga kejohanan yang akan berlangsung di Tunisia, Maghribi dan sebuah negara di Eropah. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MAKAF beri peluang kedua kepada Syakilla intai tiket ke Tokyo
Badan induk itu berpuas hati dengan komitmen atlet berusia 27 tahun itu yang berjaya menurunkan berat badan daripada 65kg kepada 55.8kg.