Hasrat Syakilla Sani Jefry Krishnan untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 kembali menyala selepas Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) bersetuju memberi peluang kedua kepada atlet karate negara itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, badan induk itu berpuas hati dengan komitmen atlet berusia 27 tahun itu yang berjaya menurunkan berat badan daripada 65kg kepada 55.8kg sejak menjalani latihan intensif di Pattaya, Thailand, di bawah kendalian bekas ketua jurulatih negara, Andris Vasiljevs dari Latvia.
Nur Azmi memaklumkan sebagai permulaan, Syakilla akan menyertai Kejohanan Karate1-Premier League di Tokyo dari 6 hingga 8 Sept ini sebelum beraksi pada kejohanan sama di Moscow pada 4 hingga 6 Okt ini, dengan syarat perlu mengekalkan berat di bawah 55kg.
"Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan juga MAKAF gembira dengan perkara ini (penurunan berat badan Syakilla), dan kita tetap meletakkan Syakilla dalam kategori 55kg pada Sukan SEA 2019 di Filipina, November nanti.
"Saya nampak kesemua pihak begitu komited membantu Syakilla untuk beliau kembali menyumbang pingat emas untuk negara selepas ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan MAKAF yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Ali Rustam di sini, pada Sabtu.
MAKAF sebelum ini mengambil keputusan untuk menggantung Syakilla daripada menyertai kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 ekoran masalah berat badan dan keengganan atlet berkenaan menjalani latihan di bawah pengendali skuad karate negara, Ali Reza dari Iran.
Dalam pada itu, Nur Azmi menjelaskan MAKAF bakal menghantar 18 atlet ke Sukan SEA ke-30 dan masih mengekalkan sasaran empat pingat emas pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.
Daripada 18 atlet berkenaan, beliau menjelaskan 16 atlet diletakkan dalam kategori A, manakala selebihnya dalam kategori B.
Penyertaan kategori A ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Penyertaan kategori B pula menyaksikan persatuan sukan terlibat perlu mendahulukan wang perjalanan, dan MOM akan membayar balik wang berkenaan sekiranya atlet tersebut sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa.
Beliau menjelaskan skuad negara akan menjalani latihan 'sparring' sama ada atlet dari Iran atau Eropah pada Oktober nanti di sini, selain menyertai kem bina negara di Durian Tunggal, Melaka pada bulan yang sama untuk menguatkan mental atlet negara sebelum ke Sukan SEA .
Untuk rekod, Malaysia muncul juara keseluruhan karate pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 setelah mengutip tujuh pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019

Syakilla telah menjalani latihan intensif di Pattaya, Thailand, di bawah kendalian bekas ketua jurulatih negara, Andris Vasiljevs dari Latvia. - Bernama
Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.
PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu bahawa Perdana Menteri menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan mengugat keharmonian negara.
RM22.28 juta disedia bangunkan infrastruktur jelapang padi di Sabah
Sebanyak RM22.28 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan jelapang padi di Sabah pada tahun ini.
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyenaraikan dua projek melibatkan kos RM51.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai langkah mengurangkan banjir di Sarawak.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Pakej 2 Jalan Pintasan dijangka siap 2026
Projek bernilai RM851.04 juta ini akan mengurangkan masa perjalanan dari Bandar Baru Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada 10 minit.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

MAKAF beri peluang kedua kepada Syakilla intai tiket ke Tokyo
Badan induk itu berpuas hati dengan komitmen atlet berusia 27 tahun itu yang berjaya menurunkan berat badan daripada 65kg kepada 55.8kg.