Kapten skuad lebuhraya negara, Suhardi Hassan optimis rakan sepasukannya mampu menonjolkan elemen kejutan pada peringkat pertama Kejohanan Berbasikal Le Tour de Langkawi (2015) sejauh 99.2km di sini esok.
Pelumba veteran berusia 32 tahun itu yang menggantikan Mohd Fauzi Ahmad Lutfi pada saat-saat akhir, mengakui cabaran pasukan profesional dunia seperti Team Sky dari United Kingdom dan Orica GreenEdge dari Australia tidak boleh dipandang mudah kerana mereka turut membariskan pelumba terbaik.
"Untuk peringkat pertama esok, kita akan cuba beri yang terbaik sama ada kedudukan keseluruhan mahupun (pelumba) Asia," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
"Pasukan yang bertanding majoritinya merupakan pasukan terbaik dunia dan mungkin percaturan pasukan masing-masing yang akan membezakan antara kami semua," jelas pelumba kelahiran Perlis itu.
Suhardi yang sudah 10 tahun bersaing dalam LTdL turut menjelaskan keadaan cuaca yang tidak menentu serta kelajuan angin bakal mempengaruhi momentum perlumbaan pada edisi ke-20 terutamanya di peringkat ketiga antara Gerik-Tanah Merah sejauh 170km.
Berkongsi pandangan sama adalah pelumba senior kebangsaan, Loh Sea Keong yang menyasarkan mereka bermula dengan langkah kanan pada perlumbaan pertama sambil berharap empat pelumba muda negara dapat menggunakan kejohanan untuk menimba pengalaman berguna dalam bersaing dengan pelumba terbaik dunia.
Selain Suhardi dan Loh, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut mempertaruhkan Muhammad Faruq Daud, Mohammad Izzat Hilmi Abdul Halil dan pasangan kembar Muhammad Ameer Ahmad Kamal dan Muhammad Ameen untuk menggalas cabaran negara pada edisi ke-20 ini.
"Kita harap mereka (pelumba muda negara) dapat beri saingan kepada pelumba daripada pasukan lain. Yang datang pada edisi kali ini juga agak hebat dan saya akan menggunakan segala pengalaman yang ada untuk membimbing mereka," jelas pelumba kelahiran Kelantan itu.
Kapten TSG, Mohd Zamri Salleh pula berpendapat laluan pertama bakal memberi peluang kepada pelumba pecut terutamanya dua rakan sepasukan iaitu adiknya Mohd Hariff Salleh dan Anuar Manan yang mempunyai pengalaman luas dalam zon pecutan.
"Saingan esok mungkin sengit kerana pelumba mungkin agak sedikit agresif kerana ia adalah peringkat pertama. Kita harap dua sprinter kita dapat gunakan peluang esok untuk catat keputusan terbaik," kata Mohd Zamri.
"Kalau dapat kedudukan 10 atau lima terbaik pada perlumbaan esok, ia mungkin akan memberi kita semangat untuk perlumbaan seterusnya," kata Mohd Zamri sambil menambah peringkat ketiga merupakan laluan paling mencabar.
Anuar yang ditemui pemberita pula enggan meletakkan harapan terlalu tinggi pada peringkat pertama esok kerana baharu sahaja menjalani latihan beberapa bulan lepas selepas pulih daripada kecederaan belakang.
"Saingan pada tahun ini juga agak sengit kerana pasukan seperti Team Sky turut menghantar pelumba terbaik mereka. Mungkin saya akan memberi laluan kepada Mohd Hariff kerana beliau juga merupakan pakar di zon pecutan," jelas anak jati Kuala Ibai, Terengganu itu.
Peringkat pertama LTdL 2015 yang bermula dan berakhir di Pantai Cenang esok melibatkan tiga zon pecutan iaitu di Teluk Ewa, Air Hangat dan Kuah serta tiga zon pendakian di Bukit Beringin, Lebuhraya Langkawi dan Pantai Kok.
Bernama
Sat Mar 07 2015
Kapten skuad lebuhraya negara Suhardi Hassan optimis rakan sepasukannya mampu menonjolkan elemen kejutan pada peringkat pertama LTDL (2015). - Gambar Fail
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Toldi, Hollioake ungguli kejohanan Ironman Malaysia 2024
Toldi menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 10m 23s disusuli Tim Van Berkel dari Australia dan Andreas Dreitz dari Jerman.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
Feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah kembali beroperasi hari ini
Terdapat empat perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.
BERNAS pamer kelainan di Laman Padi MAHA 2024 kali Ini
BERNAS mengambil peluang untuk mempamerkan inovasi terbaharu dalam pertanian padi dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan industri ini.
Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.
567 penumpang feri kandas di beting pasir selamat tiba di Langkawi
Feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada jam 9.05 malam.
Hati-hati sewa kereta di Langkawi, pengguna tidak dilindungi jika pengusaha tiada permit - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan sewa tidak berlesen atau permit, terutamanya yang banyak beroperasi di Langkawi.
Mayat remaja lemas cuba selamatkan adik ditemui di Pantai Cenang
Remaja lelaki yang hilang dihanyutkan ombak ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya ditemui lemas di Pantai Chenang, di sini pada Ahad.