STAMP Fairtex membuktikan dia bukan sahaja mahir dalam sukan Muay Thai dan kickboxing, malah turut cemerlang dalam pertarungan seni bela diri campuran (MMA).
Atlet sensasi wanita Thailand itu menumpaskan Asha Roka dari India menerusi kuncian ‘rear naked choke’ pada pusingan ketiga dalam aksi ONE: Dreams of Gold di Bangkok, Jumaat malam.
Pusingan pertama menyaksikan pertarungan ‘stand-up’ di antara kedua-dua jaguh pada minit-minit awal permainan.
Asha yang merupakan juara tinju di India, mempamerkan skil tumbukan padu yang dibalas dengan tendangan lutut berbisa dari Stamp.
Pada pusingan seterusnya, Stamp mempamerkan permainan ‘ground’ yang hebat dengan menjatuhkan Asha ke kanvas, seterusnya membuat beberapa percubaan kuncian.
Di pusingan ketiga dan terakhir, usaha Stamp membuahkan hasil apabila dia berjaya mengunci Asha menerusi ‘rear naked choke’ dan memaksa lawannya itu menyerah kalah.
Dengan kemenangan MMA tersebut, Stamp, 21, yang merupakan juara dunia ONE atomweight Muay Thai dan kickboxing, mara selangkah untuk menjadi juara dunia tiga sukan.
BACA: Selepas kickboxing dan Muay Thai, Stamp Fairtex sasar kejuaraan MMA pula
Sementara itu, dalam acara utama, Ilias Ennahachi dari Belanda menewaskan peserta tuan rumah Petchdam Petchyindee Academy untuk meraih kejuaraan dunia ONE flyweight kickboxing.
Dalam pertarungan tersebut, Ennahachi menumpaskan Petchdam menerusi ‘knockout’ pada pusingan ketiga.
Dia sekali gus menjadi petarung pertama yang berjaya mengalahkan Petchdam dalam aksi ONE Super Series.
Haider Yutim
Sat Aug 17 2019

Pengadil, Olivier Coste mengisytiharkan Stamp Fairtex (kiri) pemenang selepas menewaskan Asha Roka pada aksi ONE: Dreams of Gold di Bangkok, pada Jumaat. - Foto ONE Championship

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Stamp Fairtex kejutkan peminat, tumpaskan Asha Roka menerusi 'submission'
Stamp Fairtex membuktikan dia bukan sahaja mahir dalam sukan Muay Thai dan kickboxing, malah turut cemerlang dalam pertarungan seni bela diri campuran (MMA).

Selepas kickboxing dan Muay Thai, Stamp Fairtex sasar kejuaraan MMA pula
Petarung sensasi wanita Thailand, Stamp Fairtex kini menumpukan sasaran untuk mengejar kejuaraan bagi seni bela diri campuran (MMA) pula.