KUALA LUMPUR: Permulaan satu era dan harapan baharu untuk Sepang Racing Team (SRT) dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) apabila pasukan itu kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing.
Mengikut satu laporan dalam motogp.com, RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan 'independent' (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022 sehingga sekurang-kurangnya 2026, dengan Datuk Razlan Razali kekal sebagai prinsipal pasukan, dengan pasukan itu terus berusaha untuk mencapai kejayaan lebih baik.
Razlan berkata, pasukan yang dijenamakan semula itu akan meneruskan rangka tindakan yang telah terbukti berjaya sebelum ini dan harapan sudah semestinya tinggi dan mereka akan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran.
"Ia satu perjalanan yang bergelora untuk kami. Dalam tempoh beberapa bulan ini, kami telah melakukan usaha untuk set semula, menjenamakan semula dan melancarkan semula sebagai satu pasukan MotoGP yang segar dan lebih kuat.
"Berbekalkan dengan pengalaman yang kami ada dan pelbagai kejayaan pada masa lalu, kami teruja untuk menyertai musim 2022 dengan penyertaan satu pasukan yang lebih kuat," katanya.
Dalam masa sama, Razlan turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta (pemegang hak eksklusif pengiklanan dan penyiaran televisyen MotoGP) atas kepercayaan dan keyakinan berterusannya kepadanya, untuk memulakan bahagian kedua ini dengan sebuah pasukan baharu yang dibina semula, untuk bertanding dalam kelas premier MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sementara itu Carmelo menggambarkan Razlan sebagai seorang yang amat meminati projek itu dengan mendalam dan percaya kejayaan yang baik akan dihasilkan oleh pasukan baharu itu untuk musim akan datang dan seterusnya.
"Razlan telah menjadi satu aset yang penting untuk keluarga MotoGP sejak beliau bermula di Sepang, dan telah membantu meningkatkan sukan itu di Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara secara amnya," katanya.
Penjenamaan semula itu berlaku berikutan perpisahan antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan SRT bulan lepas, selepas litar itu dan Petronas membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama mereka berkaitan nama Petronas SRT dalam Kejuaraan MotoGP Dunia pada penghujung musim 2021.
Pemisahan antara kedua pihak itu membuka peluang untuk SRT menjalani proses penjenamaan semula.
Menerusi kerjasama mereka, pasukan itu mencatatkan kejayaan membanggakan dalam Kelas Premier pada musim pertama mereka 2019, dengan memenangi kedudukan sebagai Pasukan Bebas Terbaik (Top Independent Team) dan menamatkan pada kedudukan keempat Kejuaraan MotoGP Dunia.
Pada musim 2020 yang dilanda pandemik, pasukan itu mencatatkan enam kemenangan untuk menduduki tempat kedua Kejuaraan Dunia dan sekali lagi gelaran Pasukan Bebas Terbaik, manakala Franco Morbidelli menduduki tempat kedua keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021

Razlan (kanan) turut berterima kasih kepada Carmelo (kiri) atas kepercayaan dan keyakinan berterusannya kepadanya. - Foto motogp.com

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

SRT kini RNF MotoGP Racing
RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan 'independent' (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022.