Smith Rowe menikmati mula cemerlang dalam 2020-21, dengan pemain berusia 20 tahun itu melakukan 33 penampilan dalam semua pertandingan.
Secara keseluruhan, Smith Rowe menjaringkan empat gol dan melakukan tujuh assist.
Bagaimanapun, masa depannya masih lagi dalam persoalan. Dengan Arsenal dilaporkan mahu mendapatkan khidmat Odegaard's dari Real Madrid secara tetap, sementara bidaan Aston Villa bagi Smith Rowe telah ditolak pada permulaan jendela perpindahan musim panas dibuka.
Tetapi dengan Odegaard yang nampaknya tidak dapat ditandatangani, Arsenal kini menawarkan Smith Rowe dengan kontrak baru, walaupun The Gunners tidak menentukan jangka masa kontrak.
Smith Rowe turut diberikan jersi nombor 10, yang disarung Mesut Ozil sebelum ini -- nombor yang turut sinonim dengan pemain seperti Dennis Bergkamp, yang bertindak sebagai pencetus kejayaan Arsene Wenger ketika memimpin kelab.
"Semua mengetahui jersi nombor 10 sangat penting dan kekosongan yang besar yang perlu diisi," kata Smith Rowe.
"Saya sangat teruja, sejujurnya, saya tidak sabar kembai beraksi -- sukar untuk menjelaskan perasaan saya ketika ini."