Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Alexander Zverev dari Jerman dengan keputusan 6-3, 7-6 (7-4), 6-3 di Arena Rod Laver, sekali gus menjadikannya pemain Itali pertama, lelaki atau wanita, memenangi tiga kejuaraan perseorangan Grand Slam.
Sinner tidak pernah tewas dalam perlawanan di gelanggang keras pada kejohanan utama sejak kekalahannya kepada Zverev pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat 2023, sebelum menambah gelaran juara sulungnya di Melbourne tahun lepas dengan kejayaan di New York.
-- BERNAMA