KUALA LUMPUR:Bergelar atlet juara, bukan sekadar keseronokan dilingkari kegemilangan dan kegembiraan meraih kemenangan tetapi juga harus bijak menangani kegagalan, kekecewaan dan pengorbanan.
Pemain boling wanita tersohor Malaysia Shalin Zulkifli, bekas legenda skuasy Datuk Nicol David dan ratu terjun negara Pandelela Rinong pada Selasa berkongsi kisah kejayaan mereka dan juga bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan untuk muncul antara bintang sukan terbaik negara.
Setelah dinobatkan Anugerah Olahragawati Malaysia tiga kali pada tahun 1997, Shalin yang ketika itu berusia 20 tahun menjadi harapan tuan rumah memenangi pingat emas Malaysia pada Sukan Komanwel 1998 tetapi hanya sekadar meraih perak dalam acara beregu wanita (bergandingan dengan Lai Kin Ngoh).
"Memenangi perak sudah cukup baik, tetapi kerana saya terlalu memikirkan emas dan menghadapi banyak tekanan dan harapan, saya merasakan itu adalah satu kegagalan. Oleh itu, selepas itu saya berehat, memutuskan untuk menyusun dan menyesuaikan semula keutamaan saya... saya melanjutkan pelajaran dalam sains sukan di Universiti Malaya.
"Saya fikir itu adalah keputusan terbaik dalam hidup saya kerana bila belajar di sana, saya faham kenapa saya perlu lakukan perkara tertentu dan kenapa ia mesti dilakukan dengan cara tertentu. Ia menjadikan saya seorang atlet yang lebih baik dan membolehkan saya bertahan lama," katanya dalam sesi webinar bertajuk "Wanita dalam Sukan 2020: One In A Million" anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).
Dalam webinar yang dihoskan bekas pemain skuasy Sharon Wee, Shalin turut bersyukur atas kelonggaran dan peluang buat atlet wanita mengejar impian mereka di negara ini, sesuatu yang tidak dapat dinikmati di beberapa negara.
Sementara itu, bekas juara dunia lapan kali, Nicol berkata untuk membangunkan lebih ramai bakat muda bergelar bintang dalam bidang sukan, jurulatih di peringkat negeri harus turun padang, mengunjungi sekolah untuk menggalakkan pelajar aktif bersukan.
"Kita mempunyai ramai yang berbakat dan mereka teruja untuk ke depan tetapi tidak diberi peluang. Mudah-mudahan lebih banyak program disusun untuk peringkat sekolah, bukan hanya kelas pendidikan jasmani kita tetapi memberi peluang kepada pelajar untuk bermain sukan dan mencuba bakat mereka dalam perkara yang berbeza.
"Sekarang kita hanya tunggu untuk kemunculan seseorang. Bila bakat ini dikesan di MSN atau persatuan negeri, sudah terlambat untuk digilap. Mudah-mudahan dapat jejak mereka di peringkat sekolah," kata bekas pemain nombor satu dunia itu sambil merujuk kepada Pandelela sebagai contoh bakat yang dibangunkan dari sekolah.
Mengimbau kembali beberapa cabaran yang dihadapinya, Nicol berkata merangkul kejuaraan Skuasy Wanita Dunia buat kali kelapan dan terakhirnya pada 2014, termasuk menewaskan beberapa pemain Mesir di tanah air mereka sendiri, kejayaan yang amat istimewa baginya.
Berkongsi ceritanya, pemenang pingat Olimpik dua kali Pandelela berkata kariernya dalam sukan terjun bermula pada usia lapan tahun apabila jurulatih datang ke sekolah rendahnya mencari bakat muda untuk sukan akuatik.
"Jurulatih menjelaskan mengenai sukan terjun dan hakikat ia adalah Sukan Olimpik. Jadi saya tertarik dan mahu mencuba... Kemudian secara beransur-ansur saya sedar, saya tidak takut pada ketinggian (untuk melompat dari platform) berbanding pelajar lain. Meraih beberapa pencapaian dalam negara sebelum memberi tumpuan kepada sukan terjun," katanya.
Menjelang usia 15 tahun, anak jati Kuching itu sudah pun bersaing di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia tidak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk penampilan sulungnya, tetapi menimba pengalaman daripada kegagalan itu untuk melakar kejayaan, menghadiahkan pingat sulung negara dalam acara terjun, 10 meter platform wanita pada edisi London 2012.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020

Tiga atlet wanita berkongsi kisah kejayaan dan bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan untuk muncul antara bintang sukan terbaik negara menerusi sesi webinar 'Wanita dalam Sukan 2020: One In A Million' anjuran MSN pada Selasa.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula di Abu Dhabi
Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC).

Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.

Suri teladan penting dalam membentuk atlet, pemimpin sukan wanita berjaya - Sharon
Ia mampu menjadi pendorong kepada kelahiran lebih ramai atlet dan pemimpin sukan wanita berjaya.

Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.

"Adik minat e-sports? Fokus sekolah dahulu" - Ikon e-sukan, Daddyhood
Golongan remaja atau kanak-kanak yang mempunyai minat dalam e-sukan perlu menjadikan pendidikan sebagai asas utama dalam pembentukan kerjaya.

Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.

Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.

Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.