KETUA jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley, mengesahkan bahawa kerisauan yang menghantui pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, berhubung ketiadaan basikal akan terlerai tidak lama lagi.
Shah Firdaus mengalami kemalangan dalam separuh akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai pada 18 Jun lalu sehingga basikalnya rosak teruk.
Dia yang bangkit meneruskan perlumbaan berhasil layak ke final sebelum meraih pingat gangsa dan membantu Datuk Azizulhasni Awang memenangi emas dengan memecahkan formasi tiga pelumba Jepun.
Beasley mengesahkan bahawa Shah Firdaus akan menerima basikal baharu untuk digunakan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos depan.
Khabar gembira itu turut menguatkan keyakinan Beasley bahawa Shah Firdaus akan cergas sepenuhnya menjelang kejohanan itu bagi menggalas cabaran penting buat negara.
"Seperti yang anda tahu, dua basikalnya sudah rosak, satu ketika di Hong Kong dan satu lagi ketika dalam ACC," kata Beasley kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Dia masih ada basikal tetapi ia generasi pertama, di mana ia lebih berat dan sukar dikawal berbanding dua yang sebelum ini
"Pihak yang membuat basikal itu di United Kingdom berkata mereka boleh menyiapkannya bagi Kejohanan Dunia, sebuah basikal yang baru dan cantik, sama seperti yang digunakannya dalam Sukan Olimpik lalu.
"Ia akan tersedia untuk Kejohanan Dunia dan basikal yang satu di sini akan digunakan sebagai basikal simpanan.
"Keadaan tubuhnya pula, dia masih cedera, di mana kulitnya masih terkoyak di sana-sini tetapi daripada segi gegaran kepala, dia tidak mengalami masalah itu.
"Dia sudah mula berlatih dan kelihatan baik selepas memanaskan badan. Kami hanya memantau secara dekat latihannya dan menyelenggara apa yang patut, jadi dia dalam keadaan baik," katanya. - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Jun 27 2023

Shah Firdaus mengalami kemalangan dalam separuh akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional, Nilai pada 18 Jun lalu sehingga basikalnya rosak. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.

'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.

Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai
Selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.

'Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka' - Nakano hantar mesej kepada Shah Firdaus
Pemain berusia 28 tahun itu berkata Nakano menghantar mesej kepadanya kelmarin memberitahu telah diserang 'tentera bawang' Malaysia.

Olimpik Paris 2024: Saya dah janji bawa ibu bapa pergi umrah - Shah Firdaus
"Ini bukannya waktu untuk saya menyalahkan sesiapa. Seperti yang anda dapat lihat, pelumba terakhir boleh menang gangsa. Boleh anda bayangkannya?"

"Shah Firdaus akan teruskan legasi saya" - Azizulhasni
Azizulhasni minta peminat berhenti bercakap mengenai dirinya, fokus harus diberikan kepada Shah Firdaus.

Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus sukar terima impian pingat berkecai dalam beberapa saat
"Jika saya tidak beri cabaran langsung untuk pingat saya boleh terima tetapi ini susah untuk hadam."

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin
Biarpun terjatuh, beliau bangkit dan menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 3.348 minit di belakang pemenang Harrie Lavreysen dari Belanda.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke final keirin! Harapan pingat terakhir kembali menyubur
Shah Firdaus berjaya mara ke pusingan akhir Keirin selepas pelumba Jepun K Ota terbatal

Azizulhasni, Shah Firdaus mula kempen Olimpik bergaya, lepasi pusingan kelayakan acara pecut
Catatan tersebut menyaksikan Azizulhasni menduduki tangga ke-10, manakala Shah Firdaus di tangga ke-22 daripada 22 pelumba yang layak ke pusingan seterusnya.