Pasukan-pasukan tersebut akan saling berentap bagi merebut dua tempat perlawanan akhir pada 14 Mei ini.
Paling mencuri perhatian tentunya pertembungan dua juara tahun lalu, JDT (juara Liga Super 2015) dan Kedah (juara Liga Perdana 2015), di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.
Menariknya, kelab penyokong kedua-dua pasukan, Boys of Straits (B.O.S - JDT) dan Ultras Kedah 09 (UK09 - Kedah) ada cara tersendiri untuk menambahkan rasa teruja dan tidak sabar penyokong kuat masing-masing khususnya, dan peminat bola sepak negara secara amnya.
Ramai pemerhati melihat perlawanan berkenaan akan menjadi satu perlawanan epik, bukan sahaja kerana title yang dipegang mereka, tetapi juga prestasi dan situasi semasa.
JDT dan Kedah dilihat punya corak permainan yang hampir serupa, iaitu penekanan kepada hantaran pendek.
Dan 'drama' di Stadium Darul Aman dalam dua perlawanan sebelum ini, juga dilihat faktor yang menghangatkan lagi keadaan.
Video: Bazooka Penaka (BPTV)
Mengikut ramalan banyak pihak, Kedah berdepan laluan sukar apabila hanya membawa kelebihan satu gol untuk bertandang ke stadium keramat JDT.Pada peringkat separuh akhir pertama 16 April lalu, Kedah menang 2-1.