SELEBRITI tempatan, Sharnaaz Ahmad, diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak, Carabat FC.

Pasukan yang berpangkalan di Selangor dan Kuala Lumpur itu meletakkan sasaran untuk bersaing dalam Liga Super FAS.

"Memperkenalkan Sharnaaz Ahmad, pemilik kebanggaan Carabat FC.

"Sebagai seorang yang berwawasan, Mamu memiliki visi yang jelas untuk pasukan ini menguasai lawan dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi dengan kekuatan dan keberanian," tulis kelab berkenaan yang ditubuhkan tahun ini dalam satu kiriman media sosial.



-- Stadium Astro