KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 17 Nov untuk mengetahui keputusan status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan kes mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memaklumkan bahawa representasi yang dihantar pada 2 Mei lepas itu masih di peringkat pertimbangan Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Oleh itu, pihak pendakwaan mohon tarikh lain untuk keputusan representasi tersebut," kata Nadia Eleena.
Hari ini, sepatutnya ditetapkan untuk keputusan representasi itu.
Peguam Mohamed Baharuden Mohamed Ariff yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, mengesahkan pihak pembelaan tidak membantah permohonan pendakwaan itu.
Pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.
Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Sharnaaz berkata walaupun kecewa dengan penangguhan keputusan representasi itu, proses mahkamah perlu dihormati.
"Kita perlu ikut prosedur dan menghormati mahkamah. Saya reda," katanya yang ditemani dua lagi peguamnya Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Datuk Wan Azmir Wan Majid.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Pelakon Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, hadir di Mahkamah Majistret hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.

Selebriti tempatan Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak
Selebriti tempatan, Sharnaaz Ahmad, diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak, Carabat FC.

Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan
Nabila menjelaskan foto yang dimuat naik itu merupakan rakaman sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.

Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’
Sharnaaz berkata, meskipun kes ini mengambil masa yang lama, namun dia menerima perkara berkenaan dengan penuh keikhlasan.

Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah
Sharnaaz kecewa selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan ditangguh.

Keputusan representasi Sharnaaz gugur pertuduhan diketahui 17 Nov
Mahkamah menetapkan 17 Nov untuk mengetahui keputusan status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan kes mencederakan seorang pengawal keselamatan.

Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat
Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.

Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila
Reda dengan takdir, Nabila hanya berharap agar Allah sentiasa membimbing dan memenuhi hatinya dengan ketenangan.

Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat
Sharnaaz nasihat netizen agar tidak mencampuri urusan kehidupan peribadi orang lain kerana ia boleh berbalik kepada diri sendiri.

Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini...
Anak-anak sudah dewasa, justeru, Datin Noor Kartini enggan campur tangan dalam hal rumah tangga mereka.