KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai status penganjuran Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam akhirnya terjawab apabila temasya dwitahunan itu sah bakal dianjurkan pada Mei 2022.
Namun, Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) akan hanya menetapkan tempoh spesifik penganjuran temasya berkenaan pada penghujung bulan ini selepas mendapat pengesahan daripada Kerajaan Vietnam.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pejabat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara dalam talian yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Chaiyapak Siriwat.
"Kita beranggapan bahawa kita sudah sampai ke peringkat certainty(kepastian) dan keputusan yang muktamad terhadap pelaksanaan Sukan SEA.
Kita ucapkan terima kasih kepada Vietnam kerana kembali dengan satu kepastian mengenai waktu penganjuran iaitu pada Mei 2022," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat itu di Wisma OCM di sini, hari ini.
Julai lepas, SEAGF mengesahkan temasya Sukan SEA ke-31, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Nov hingga 2 Dis ini ditunda ke tahun hadapan berikutan situasi pandemik COVID-19.
Sementara itu, Mohamad Norza berharap pengesahan itu dapat memberi kelegaan kepada barisan atlet dan pegawai sukan terlibat yang sebelum ini "terperangkap" dalam dilema untuk melakukan persediaan susulan waktu penganjuran temasya yang baharu belum ditetapkan.
Beliau berkata dengan tempoh yang singkat menjelang temasya itu, tumpuan kini dari aspek persediaan atlet dan Mohamad Norza turut meminta Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA untuk memulakan mesyuarat bagi membincangkan soal pembahagian atlet yang akan bertanding.
"Semua sedia maklum 2022 merupakan tahun sangat sibuk dengan temasya sukan besar seperti Sukan Komanwel yang dijadual pada pertengahan 2022, Sukan Asia pada November ," katanya sambil menyarankan persatuan sukan kebangsaan terlibat supaya bersedia seawal mungkin.
Mohamad Norza mengakui dalam keadaan mencabar untuk mempersiapkan atlet terdapat kemungkinan berlakunya pilih kasih atau berat sebelah dalam proses pemilihan atlet, namun tegasnya perkara itu tidak seharusnya terjadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

Norza (kiri)ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pejabat SEAGF yang diadakan secara maya di Wisma Majlis Olimpik Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.