KUALA LUMPUR: Sasaran 35 atlet layak ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Ogos depan adalah realistik, kata Ketua Kontinjen negara ke temasya itu Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Beliau yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata sasaran ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) itu mampu dicapai dan berharap segala perancangan serta persediaan berjalan lancar.
"Saya setuju dengan Ahmad Shapawi (Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail) selain berharap agar segala perancangan serta persediaan oleh atlet berjalan lancar bagi memudahkan kita memenangi seberapa banyak pingat yang boleh.
"Jika terdapat atlet para yang tidak layak, ia mungkin disebabkan kekangan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.
"Saya tidak mahu letak tekanan kepada mereka tetapi kami optimistik sasaran boleh dicapai," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa MPM di sini hari ini.
Ahad lepas, Ahmad Shapawi berkata MSN menjangkakan sebanyak 33 atlet kebangsaan dan 35 atlet paralimpik layak ke Tokyo 2020.
Mengenai sasaran pingat di Tokyo dan Sukan Para ASEAN di Hanoi, Vietnam, Megat D Shahriman berkata perkara itu diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk mengumumkannya apabila tiba masa.
Katanya, MPM juga telah mengenal pasti sasaran pingat bagi kedua-dua temasya itu namun masih menunggu maklum balas daripada jurulatih dan persatuan sukan masing-masing.
Setakat ini, 10 atlet para daripada lima sukan telah layak ke temasya Paralimpik Tokyo terdiri daripada Muhd Nursaiful Zulfikri dan Brenda Anelia dalam acara renang; S. Suresh dan Wiro Julin (memanah); Mohd Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romli (olahraga); Chew Wei Lun (boccia); dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).
Sukan Paralimpik Tokyo dijadual pada 24 Ogos hingga 5 Sept depan manakala Sukan Para ASEAN di Hanoi pula pada 17 hingga 23 Dis.
Sementara itu, Megat D Shahriman memaklumkan bahawa atlet para yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 baru-baru ini tidak mengalami sebarang komplikasi dan berharap proses suntikan doa kedua dijadual pada 4 Mei berjalan lancar.
Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pertama merangkumi 264 atlet dan pegawai yang layak atau terlibat dengan Tokyo 2020 yang menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
MEGAT D SHAHRIMAN: Sasaran ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) itu mampu dicapai dan berharap segala perancangan serta persediaan berjalan lancar. -Gambar fail
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Berhentilah 'ganggu' Muhammad Ziyad
Kamaruzaman Kadir khuatir situasi itu jika dibiarkan berlarutan, mampu menjejaskan emosi atlet berusia 31 tahun itu.
Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.
Ziyad Zolkefli minta maaf pada rakyat Malaysia
Muhammad Ziyad Zolkefli meminta maaf selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun unggul kekal rekod tanpa kalah
Atlet boccia Chew Wei Lun melakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia
Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.
Mampukah Yee Khie ikut jejak langkah Bonnie?
Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin.
Bonnie kini ikon atlet masa depan - CEO SSC
Dengan program latihan yang betul serta sokongan sains sukan dan perkhidmatan, Bonnie pasti akan kekal cemerlang bertahun-tahun lagi.
'Negaraku' akhirnya berkumandang di Tokyo
Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Tokyo apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sejarah menyumbang emas pertama negara hari ini.