TOKYO: Kem powerlifting negara sekali lagi bakal mencuri tumpuan apabila seorang lagi wakilnya, Jong Yee Khie akan turun beraksi dalam acara lelaki 107 kilogram (kg) pagi esok di Sukan Paralimpik Tokyo.
Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin, yang mencipta sejarah menyumbang emas pertama buat kontinjen negara di temasya berprestij itu, semalam.
Jika pendandan rambut dari Batu Kawa, Kuching itu mampu mengekalkan prestasi dilakar ketika merangkul perak pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun lepas, maka tidak mustahil beliau boleh membuat kejutan meraih kedudukan podium kali ini.
Sukan Paralimpik Tokyo bakal menjadi medan pertarungan keduanya untuk menebus kekecewaan lalu selepas sekadar menduduki tempat ketujuh bagi kategori 97kg ketika membuat kemunculan pertamanya di Rio 2016.
Jurulatih kebangsaan, Jamil Adam, percaya kejayaan manis dilakar Bonnie mampu membakar semangat Yee Khie bagi membuktikan kehebatannya di Tokyo International Forum dalam acara yang bermula pukul 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia).
Selain merangkul emas, Bonnie yang membuat kontinjen negara tersenyum gembira pada hari keempat temasya itu berlangsung, turut memecah rekod Paralimpik selepas mengangkat bebanan seberat 228kg, bagi memadam rekod terdahulu angkatan 227kg yang dicipta Rasool Mohsin dari Iraq semasa di Rio 2016.
Dalam pada itu, wakil tunggal boccia negara, Chew Wei Lun jelas menarik perhatian pada hari kelima Sukan Paralimpik Tokyo dengan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan Kumpulan B.
Wei Lun yang ketika ini mendahului Kumpulan B selepas tiga perlawanan, berada dalam prestasi terbaiknya apabila mengejutkan pemain nombor dua dunia dari Thailand Witsanu Huadpradit menerusi kemenangan "tie-break", 1-0, selepas terikat 3-3 dalam saingan yang berlangsung di Pusat Ariake Gimnastik pagi tadi.
Pemain ranking ke-11 dunia itu kemudian bangkit daripada ketinggalan 0-3 sebelum mencatat kemenangan 9-3 ke atas wakil Korea Selatan, Sungjoon Jung pada sesi sebelah petang.
Beliau akan melengkapkan kempen kelayakan kumpulan apabila dijadual berentap dengan atlet Republik Czech, Katerina Curinova, esok.
Di Pusat Akuatik Tokyo, sekali lagi nasib tidak menyebelahi perenang kebangsaan, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli selepas dibatalkan penyertaannya buat kali kedua dalam saringan pertama acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal).
Pembatalan itu menyaksikan Nur Syaiful tidak berjaya mara ke peringkat akhir walaupun menamatkan renangan di tempat ketiga.
Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah mengesahkan bahawa perenang berusia 26 tahun itu dibatalkan penyertaannya berikutan satu lagi kesilapan teknikal ketika berenang.
"Kepala Nur Syaiful didapati tidak naik ke permukaan air dalam jarak 15 meter awal sewaktu membuat kuakan" katanya.
Rabu lepas, Nur Syaiful turut mengalami nasib serupa apabila penyertaannya dalam saringan pertama acara 200m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dibatalkan gara-gara isu teknikal, selepas didapati menampal pita pelekat di bahu kirinya bagi mengurangkan kesakitan dialami sejak seminggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021

Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.

Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.

Berhentilah 'ganggu' Muhammad Ziyad
Kamaruzaman Kadir khuatir situasi itu jika dibiarkan berlarutan, mampu menjejaskan emosi atlet berusia 31 tahun itu.

Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.

Ziyad Zolkefli minta maaf pada rakyat Malaysia
Muhammad Ziyad Zolkefli meminta maaf selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Tokyo.

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun unggul kekal rekod tanpa kalah
Atlet boccia Chew Wei Lun melakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo.

Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia
Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.

Mampukah Yee Khie ikut jejak langkah Bonnie?
Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin.

Bonnie kini ikon atlet masa depan - CEO SSC
Dengan program latihan yang betul serta sokongan sains sukan dan perkhidmatan, Bonnie pasti akan kekal cemerlang bertahun-tahun lagi.

'Negaraku' akhirnya berkumandang di Tokyo
Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Tokyo apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sejarah menyumbang emas pertama negara hari ini.