TOKYO: Setelah empat hari Sukan Paralimpik berlangsung, lagu Negaraku akhirnya berkumandang di sini apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sejarah menyumbang emas pertama negara hari ini.
Bonnie sememangnya berada dalam kelas tersendiri apabila mencatat kejayaan berganda dalam penampilan sulungnya di Sukan Paralimpik selepas turut memecahkan rekod temasya berkenaan dalam saingan diadakan di Tokyo International Forum.
Dalam percubaan ketiganya, badang kerdil berusia 22 tahun itu mengangkat bebanan seberat 228kg, bagi memadam rekod terdahulu milik Rasool Mohsin dari Iraq dilakukan di Rio 2016 iaitu 227kg.
Bonnie bagaimanapun tidak berjaya dalam percubaannya untuk mengatasi rekod dunianya sendiri iaitu 230kg dilakukan pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas, apabila gagal dalam percubaan keempat dengan angkatan 231kg.
Ketika ditemui pemberita, Bonnie memaklumkan mahu mendedikasikan pingat emas dimenanginya kepada ayah, Gustin Jenang dan jurulatih, Jamil Adam yang banyak memainkan peranan dalam mencorak perjalanan kariernya sebagai seorang atlet.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Lebih menarik, katanya, pingat emas dimenanginya hari ini merupakan hadiah terbaik kepada Jamil yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 semalam (27 Ogos).
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin pula percaya pencapaian hebat dilakar Bonnie mampu menaikkan semangat atlet lain untuk cuba merealisasikan sasaran tiga emas yang diletakkan kepada mereka sebelum ini.
Tatkala Bonnie meraikan kejayaannya, skrip berbeza dialami tiga wakil negara yang tersingkir dalam acara masing-masing.
Trio pecut berpasukan campuran lelaki negara C1-5 (kecacatan fizikal) dalam sukan berbasikal trek terlepas peluang merebut slot menjadi empat pasukan terbaik untuk mara ke peringkat penentuan pingat apabila menamatkan perlumbaan di tangga kelima.
Bagaimanapun, pasukan dibarisi Zuhairie Ahmad Tarmizi, Muhammad Hafiz Jamali dan Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin tetap mencapai keputusan membanggakan apabila berjaya memadam rekod lama peribadi skuad negara iaitu 51.827 saat (s) dilakukan di Milton, Kanada pada tahun lepas dengan memperbaiki catatan dengan 50.532s.
Pencapaian diraih hari ini setidak-tidaknya mampu memberi tonik berharga bagi mereka yang akan menyertai acara berbasikal lebuh raya di Fuji International Speedway bermula 31 Ogos-4 Sept.
Dalam pada itu, cabaran pemanah kebangsaan, Wiro Julin dalam acara compound lelaki terbuka berakhir selepas terkandas di pusingan penyingkiran 1/16 hari ini.
Wiro yang membuat kemunculan pertama di pentas Paralimpik tumpas kepada atlet dari Jawatankuasa Paralimpik Rusia Bair Shigaev 126-136.
Saingan di Ariake Tennis Park pula menyaksikan pemain tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan tidak berupaya mengekalkan momentumnya pada aksi semalam selepas ditunjuk jalan keluar oleh pemain pilihan kelapan, Tom Egberink dari Belanda dalam pusingan kedua.
Abu Samah dilihat tidak berjaya memberi saingan kepada pemain kelapan terbaik dunia itu yang hanya mengambil masa 46 minit untuk mengecewakannya, 6-0, 6-1.
Wakil tunggal negara dalam sukan boccia, Chew Wei Lun pula membuka kempen pertamanya di pentas Paralimpik dengan jayanya apabila merekod kemenangan sulung kelayakan kumpulan B di Ariake Gymnastics Centre.
Wei Lun yang bertanding dalam acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) menumpaskan atlet Brazil, Andreza Vitoria de Oliveira 5-2.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021

Atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin (tengah) bergambar dengan atlet dari Mesir dan Great Britain, Attia Mahmoud (kiri) dan Yule Micky setelah berjaya meraih pingat emas pertama negara. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

'Negaraku' akhirnya berkumandang di Tokyo
Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Tokyo apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sejarah menyumbang emas pertama negara hari ini.

Sukan Olimpik: Kerajaan harap Negaraku berkumandang di Tokyo - TPM
Ismail Sabri menyematkan amanat buat atlet negara agar mengukir kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo minggu depan.

Negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan - Tun Mahathir
Semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu dan mahir untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan.

Negaraku dalam bahasa Mandarin, KPM tidak kompromi perbuatan langgar Perlembagaan
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Hina bendera perbuatan melampau - Mufti Perlis
Menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Mohd Asri berkata, kerajaan seolah-olah sedang dipermainkan sekiranya perbuatan menghina negara itu dibiarkan berterusan berlaku.

Insiden bendera Malaysia bintang pecah lima: Polis buka kertas siasatan
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden penularan video bendera Malaysia bintang pecah lima dalam satu majlis sukan anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia malam tadi.

10 berita pilihan sepanjang hari ini
DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Rabu, 2 Oktober 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI.

Tidak hormat lagu Negaraku: Polis ambil keterangan sembilan individu
SAC Mior Faridalatrash Wahid berkata proses mengambil keterangan kesemua suspek berusia 34 dan 64 tahun dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak.

Mencapai keharmonian masyarakat
Lirik lagu ini sungguh bermakna. Ungkapan katanya amat merangsang. Sukukata dan rentaknya bersinkroni; iramanya harmoni.

Waris tuntut royalti lagu Negaraku
Perjuangan menuntut hak itu dimulakan oleh isteri Saiful Bahri, Allahyarham Noraini Ahmad pada tahun 1992 selepas melihat terdapat pihak-pihak yang cuba 'mengacau' karya asal dihasilkan suami.