Polis telah mengambil keterangan sembilan individu termasuk seorang wanita berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan individu yang dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di Sarawak.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Mior Faridalatrash Wahid berkata proses mengambil keterangan kesemua suspek berusia 34 dan 64 tahun dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak.
"Siasatan kes dilakukan mengikut disiasat mengikut Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan ianya telah selesai.
"Kertas siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Ditanya alasan individu itu tidak menghormati lagu Negaraku, beliau berkata berdasarkan keterangan mereka bertindak sedemikian sebagai tanda protes.
"Siasatan polis tidak mengambil kira apa jua alasan yang dibuat kerana undang-undang telah tetapkan yang jika lagu Negaraku dimainkan, warga Malaysia perlu beri penghormatan dan berdiri," katanya.
BACA: Biadab tidak berdiri hormat lagu 'Negaraku', lapan individu dipanggil keterangan
Menurut laporan portal tempatan, kesemua individu berkenaan dipercayai merupakan ahli Kumpulan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap janji kerajaan Persekutuan kepada negeri itu yang tidak dipenuhi.
Video berdurasi 22 saat berkenaan dipercayai dirakam di satu majlis makan malam, minggu lepas, sebelum dimuatnaik di media sosial dan dikongsi lebih 4,000 akaun.
BACA: Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran
Mengulas larangan bacaan doa di sebuah sekolah di Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya akan memanggil sembilan lagi individu untuk membantu siasatan.
"Polis terima 10 laporan polis dan telah ambil keterangan lima individu terdiri daripada ibu bapa yang menghadiri majlis itu," katanya.
Pada Jumaat beberapa individu dikatakan hadir pada satu majlis penyampaian anugerah di sekolah itu dan didakwa melarang pelajar Islam membaca doa mengikut agama Islam, sebaliknya dibaca mengikut agama Kristian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 02 2019

SAC Mior Faridalatrash Wahid bercakap pada sidang media di Bukit Aman hari ini. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Tidak hormat lagu Negaraku: Polis ambil keterangan sembilan individu
SAC Mior Faridalatrash Wahid berkata proses mengambil keterangan kesemua suspek berusia 34 dan 64 tahun dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak.

Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat
Beliau menjelaskan hubungannya dengat atlet paralimpik negara adalah rapat sejak menyandang jawatan berkenaan di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.