KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee menyifatkan pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo Bonnie Bunyau Gustin sebagai model sukan dan ikon untuk atlet negeri dan negara pada masa depan.
Bonnie, 22, anak Bidayuh berasal dari Kampung Baru Mawang, Serian berjaya menghadiahkan emas pertama buat negara dalam acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu dengan melakukan angkatan seberat 228 kg, sekali gus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik.
"Saya berharap lebih banyak pencapaian hebat disumbangkan oleh Bonnie di kejohanan Asia dan Para Dunia akan datang dan juga Paralimpik seterusnya di Paris pada tahun 2024.
"Dia masih muda dan harus berdepan lebih banyak cabaran, dengan program latihan yang betul serta sokongan sains sukan dan perkhidmatan dari SSC dan Majlis Sukan Negara, saya pasti dia akan kekal cemerlang selama bertahun-tahun lagi," kata Ong ketika dihubungi Bernama semalam.
BACA: 'Negaraku' akhirnya berkumandang di Tokyo
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kerajaan negeri akan memberi insentif kepada Bonnie dan atlet negeri lain yang beraksi cemerlang di Paralimpik Tokyo.
Beliau berharap agar masyarakat sekarang melihat orang kurang upaya (OKU) dalam pandangan yang berbeza, sambil menambah mereka tidak seharusnya melihat kecacatan mereka tetapi juga melihat potensi dan kemampuan golongan OKU.
"Marilah kita menyediakan akses yang lebih baik, peluang untuk mereka... dari segi infrastruktur, pendidikan dan pekerjaan kerana kita mahu Sarawak menjadi masyarakat yang inklusif sosial tanpa sesiapa pun dipinggirkan," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021

Bonnie berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum, 28 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Bonnie kini ikon atlet masa depan - CEO SSC
Dengan program latihan yang betul serta sokongan sains sukan dan perkhidmatan, Bonnie pasti akan kekal cemerlang bertahun-tahun lagi.