KUALA LUMPUR: Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
Beliau bukan sahaja menghadiahkan pingat emas pertama dalam acara powerlifting di Sukan Paralimpik Tokyo pada Ogos lepas, malah 'Badang' kelahiran Sarawak sekali lagi mencuri tumpuan apabila disenaraikan antara atlet para lelaki terbaik 2021 oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), baru-baru ini.
Rentetan kecemerlangan atlet bersaiz kerdil itu bermula dengan kejayaannya memecah rekod dunia apabila melakukan angkatan 230 kilogram (kg) pada Piala Dunia Powerlifting Para ke-11 di Dubai dalam kategori 72kg sekali gus memadam rekod 229kg milik atlet Iran Roohallah Rostami ketika Sukan Para Asia 2018 di Indonesia, untuk meraih pingat emas.
Walaupun tidak berjaya mencipta rekod baharu pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo dua bulan selepas itu, namun Bonnie tetap mempamerkan penguasaannya apabila mencipta rekod baharu temasya selepas melakukan angkatan 228kg, mengatasi rekod sebelumnya 227kg dilakukan atlet dari Iraq Rasool Mohsin di Rio 2016.
Atlet para berusia 22 tahun itu meneruskan dominasinya pada kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia awal bulan ini apabila dinobatkan selaku juara dunia dengan angkatan 210kg pada kejohanan dwitahunan itu.
"Bonnie meninggalkan alam persekolahan untuk memberi fokus kepada sukan powerlifting pada usia 15 tahun dan peningkatannya sangat mengagumkan," menurut IPC menerusi artikel bertajuk 'The men who stole the show in 2021' (Atlet lelaki yang mencuri tumpuan pada 2021).
Dalam pada itu, kejayaan Bonnie turut menarik perhatian Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang menyampaikan ucapan tahniah menerusi laman Facebook persatuan.
"Tahniah. Bonnie muncul seorang daripada atlet lelaki terbaik pada 2021 yang disenaraikan oleh IPC," menurut kenyataan MPM.
Selain Bonnie, 10 atlet para daripada pelbagai sukan turut tersenarai iaitu Marcel Hug (olahraga - Switzerland); Sumit Antil (olahraga - India); Dinesh Priyantha Herath Mudiyanselage (olahraga - Sri Lanka)); Zheng Tao (renang - China); Maksym Krypak (renang - Ukrain); Pramod Bhagat (badminton - India); Brad Snyder (triathlon - Amerika Syarikat); Manish Narwal (menembak-India); Custie McGrath (kanu - Australia) dan Dylan Alcott (tenis kerusi roda - Australia).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Bonnie disenaraikan antara atlet para lelaki terbaik 2021 oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, sumbang emas kedua negara
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, menggondol pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.
Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.