PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola, menegaskan beliau perlu mencari jalan untuk mengelak daripada dibolosi gol bagi memastikan mereka tidak lagi berputih mata.
City melepaskan peluang untuk merangkul takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya pada Sabtu selepas mendahului perlawanan 2-0 ketika berdepan Manchester United, sebelum seteru mereka bangkit meraih kemenangan 3-2 di Stadium Etihad.
Paul Pogba menjaringkan dua gol dalam tempoh 97 saat untuk menafikan jaringan Vincent Kompany dan Ilkay Gundogan sebelum Chris Smalling menyempurnakan kemenangan United pada minit ke-69.
Tumbang dalam separuh masa pertama ketika berdepan Liverpool dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menyaksikan City kini ketinggalan defisit tiga jaringan menjelang aksi timbal balik, minggu ini.
Kekalahan tersebut merupakan kali kedua Liverpool mengatasi City di Anfield -- keputusan 4-3 pada Januari dan Guardiola menyifatkan ia sebagai kesalahannya kerana gagal mengenal pasti kekurangan dalam taktikal yang digunakannya.
"Mungkin ia adalah salah saya. Saya perlu berfikir mengenainya tetapi saya berasakan ketika anda mendominasi permainan, anda mampu melakar kemenangan.
"Lawan kami mempamerkan persembahan yang berbeza dan kami tidak sempat melakukan pertukaran serta perubahan dalam permainan kami.
"Kami akan cuba untuk memperbaiki perkara ini pada masa akan datang dalam usaha untuk meraih kemenangan."
Astro Arena
Mon Apr 09 2018

GUARDIOLA: Kami akan cuba untuk memperbaiki perkara ini pada masa akan datang dalam usaha untuk meraih kemenangan. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Piala EFL: Solskjaer akui Manchester United masih terkial-kial cari rentak
Smalling disisihkan daripada skuad United yang menundukkan Luton Town 3-0 dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.

Manchester United dibaham Wolves sekali lagi
Selepas singkirkan United dari Piala FA, Wolves sekali lagi melakar kemenangan 2-1 ke atas United.

Lukaku, Smalling lebur rekod bersih Watford
Kekalahan bakal menyaksikan United gagal meraih mata dalam tiga daripada lima perlawanan liga buat kali pertama, namun mereka meneruskan kecemerlangan ketika mengatasi Burnley sebelum ini.

Salah saya - Guardiola
City melepaskan peluang untuk merangkul takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya pada Sabtu selepas mendahului perlawanan 2-0 ketika berdepan Manchester United.

Manchester United musnahkan harapan Manchester City
Aksi di stadium Etihad itu menyaksikan Paul Pogba berjaya menyumbat dua gol pada babak kedua seterusnya Chris Smalling menjaringkan gol ketiga mengesahkan kemenangan United.

Mata, Jones dan Smalling terpaksa berehat panjang - Mourinho
Pertahanan Jones dan Smalling turut mengalami kecederaan ketika berkhidmat untuk England bagi aksi perlawanan antarabangsa.

Rooney akan kembali menemui rentak
Pengendali pasukan, Jose Mourinho, membuat keputusan untuk mengetepikan pemain kebangsaan England itu selepas United tewas tiga perlawanan.