GEORGE TOWN: Polis menahan 20 lagi individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan antara penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Kedah Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 38 tahun direman tiga hari selepas perintah tahanan reman diperolehi pagi tadi.
"Kesemua suspek yang berasal dari Pulau Pinang dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah. Ujian saringan ke atas semua suspek mendapati mereka bebas daripada pengambilan sebarang jenis dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kerana perbuatan khianat.
Sementara itu, Soffian tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan susulan berdasarkan siasatan yang dijalankan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi inspektor Lim Zhao Yong di talian 011-19078888 bagi membantu siasatan.
Pada Rabu, 7 suspek ditahan reman selama dua hari.
Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada provokasi antara kedua-dua penyokong di luar stadium sebaik sahaja perlawanan antara kedua-dua pasukan berakhir.
Media sebelum ini melaporkan insiden kekecohan berlaku diantara penyokong Kedah FC dan Penang FC di luar Stadium Bandaraya selepas perlawanan berakhir.
Dalam satu video tular berdurasi 1 minit 42 saat, kumpulan berpakaian serba hitam yang dipercayai penyokong Pulau Pinang dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi sebelum berlaku pergaduhan dengan penyokong pasukan lawan.
Suasana menjadi semakin tegang apabila kedua-dua kumpulan mula bertindak agresif dengan saling menyepak sesama mereka hingga mencetuskan kekecohan berhampiran kawasan parkir bas penyokong Kedah
Dalam saingan ke-20 Liga Super yang berlangsung malam tadi, pasukan Penang FC tewas dengan pasukan Kedah FC dengan jaringan 1-2.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Aug 24 2023

Kesemua suspek berusia 18 hingga 38 tahun direman tiga hari selepas perintah tahanan reman diperolehi pagi tadi. - Foto PDRM

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rusuhan penyokong Kedah-Penang FC: 20 lagi ditahan
Polis menahan 20 lagi individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan antara penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Kedah Selasa lalu.

60 tahanan Rohingya masih bebas diburu
KDN telah melancarkan operasi di beberapa lokasi di seluruh negara untuk mengesan saki-baki pelarian yang meloloskan diri.

Insiden rusuhan Kongres AMK 2019: Polis akan panggil Akmal Nasir
Setakat ini enam individu berusia 19 hingga 30 tahun telah ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Satu saat pun saya tidak pernah lupa berdoa untuk Adib - Ibu
Asma Aziz berharap agar keputusan inkues bagi mencari punca kematian Muhammad Adib yang akan diumumkan esok, memihak kepada keluarganya.

Kes rusuhan: Pengadu tarik laporan polis terhadap Farhash
Pengadu yang membuat laporan polis terhadap Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes rusuhan menarik balik laporan tersebut.

Prosiding inkues Muhammad Adib bermula hari ini
Antara yang hadir pada inkues pagi ini termasuk kumpulan saksi yang terdiri daripada anggota bomba, saksi awam serta anggota keluarga.

Bapa Muhammad Adib harap inkues disegerakan demi keadilan
Bapa kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berharap prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya dapat disegerakan demi mendapatkan keadilan buat anggota keluarganya.

Isu kuil: Sidang media Kerajaan Selangor esok - MB
Amirudin Shari turut menggesa semua pihak untuk tidak menggangu ketenteraman awam di sekitar kawasan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

Anggota bomba cedera akibat kemalangan - Badan bertindak kuil
Badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Bomba yang cedera dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi Isnin adalah disebabkan kemalangan jalan raya.