KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memburu 60 pelarian Rohingya yang masih bebas selepas meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap dalam insiden rusuhan di Pulau Pinang pada April lalu.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihak KDN telah melancarkan operasi di beberapa lokasi di seluruh negara untuk mengesan saki-baki pelarian yang meloloskan diri.
"Operasi yang kita lakukan ini bukan sahaja di sini (Pasar Besar Meru), namun di seluruh negara. Kita mahu mengesan 60 baki warga Rohingnya yang masih lolos.
“Kita mahu maklumkan kepada rakan mereka yang tinggal di Malaysia bahawa kita akan tetap mengesan mereka sehingga berjaya.
“Sesiapa sahaja yang melindungi mereka, kita akan tahan kerana perbuatan itu adalah satu kesalahan,” katanya ketika ditemui dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di Pasar Besar Meru di sini lewat malam Jumaat.
Hadir sama, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Pengarah Imigresen Selangor, Dr Muhammad Syahmi Jaafar dan Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin.
Beliau berkata, seramai 704 warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan India berusia antara satu tahun hingga 55 tahun diperiksa dalam operasi yang bermula sekitar jam 9 malam.
“Daripada jumlah itu, 637 individu mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), manakala 51 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen.
“Semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 (Akta A1644),”ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 28 2022

Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi Imigresen di Pasar Besar Meru pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.

10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.

Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.

Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.

Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.

PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.