KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih layak untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri, kata Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Perkara tersebut ditegaskan Hamzah ketika mengulas tentang desas-desus gabungan tersebut mempunyai calon lain untuk dinamakan sebagai perdana menteri menggantikan Muhyiddin.
"Tan Sri Muhyiddin adalah presiden saya, beliau tidak ada apa-apa salah, beliau pernah menjadi perdana menteri, beliau turun hanya kerana sebilangan dari UMNO atau Barisan Nasional menarik sokongan kepadanya.
"Adakah adil untuk mengatakan beliau meletak jawatan? Tidak. Beliau masih ada peluang. Tidak ada salah untuk kami menawarkan beliau sekali lagi sebagai perdana menteri.
"Kenapa perlu kami tiba-tiba mahu umum kami ada calon lain sedangkan beliau adalah pengerusi Perikatan Nasional buat masa ini?" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PN pada Khamis.
Beliau turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Dalam sidang media itu juga, Hamzah menafikan dakwaan terdapat pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk dirinya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merisik jawatan tertentu.
"Yang orang kata itu fake (palsu), saya nak maklumkan saya tak pernah berjumpa Anwar Ibrahim semenjak dia jadi perdana menteri, terjumpa di Parlimen tu adalah.
"Mana ada, saya nak bagitahu baru-baru ini ada mesyuarat MPT Bersatu, semua yang dituduh itu bersumpah, "Wallahi tak pernah jumpa Anwar Ibrahim", jadi tak ada lah kot," katanya lagi.
Beliau juga menafikan terdapat lapan lagi Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Anwar.
Mengulas mengenai demonstrasi yang akan dilakukan oleh Bersih bagi membantah pengurangan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, Hamzah menjelaskan, Perikatan Nasional perlu berbincang dengan gabungan tersebut terlebih dahulu.
Menurut Hamzah, kedua-dua pihak perlu sepakat mengenai matlamat untuk mengadakan perhimpunan.
Astro Awani
Thu Feb 08 2024
Hamzah menegaskan tidak ada sebab untuk PM menamakan calon lain dari Perikatan Nasional untuk jawatan perdana menteri. - Gambar fail/Sinar Harian
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.