KETUA jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, kecewa dengan salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara (UCL), pengurus kelahiran Itali itu percaya pasukan tidak berhak tewas kepada pendatang baru Sheriff.
Sheriff mencetus kejutan di Santiago Bernabeu, di mana pasukan yang membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan pelawat dari Moldova merekodkan kemenangan 2-1 awal pagi tadi.
Jasurbek Yakhshiboev membuka jaringan menerusi tandukan bertenaga sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan buat Real.
Bagaimanapun, percubaan Sebastien Thill pada minit ke-89 memastikan tiga mata buat pelawat dalam perlawanan penuh dramatik di Madrid.
Los Blancos melakukan 31 percubaan, menemui sasaran 11 kali, dan merekodkan 75 peratus kawalan permainan, manakala Sheriff hanya melakukan empat percubaan dan berjaya memastikan kemenangan di tempat lawan.
Keputusan itu menyaksikan Real di tangga kedua dalam Kumpulan D, tiga mata di belakang Sheriff, yang memenangi dua perlawanan dalam pertandingan tersebut.
"Lebih daripada bimbang, kami bersedih," kata Ancelotti. "Kami bermain dengan intensiti dan kelihatan amat baik. Kami tewas kerana perkara yang terlalu remeh, walaupun telah bermain dengan baik.
"Kami gagal menyempurnakan gerakan ketika menyerang tetapi sukar untuk menjelaskan sebab kami tewas.
"Kami gagal merebut peluang mendapatkan tiga mata dan saigan kumpulan masih lagi terbuka. Kami perlu menang perlawanan seterusnya."
Astro Arena
Wed Sep 29 2021
Pemain Sheriff, Bruno (dua kanan) berebut bola dengan Karim Benzema(kanan) dan rakan sepasukan Vinicius Junior (dua kiri), ketika perlawanan UCL kumpulan D antara Real Madrid dan Sheriff di stadium Bernabeu, Madrid, 28 Sept, 2021. (Foto AP)
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe
Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan Kylian Mbappe dalam menentang Deportivo Alaves.
LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.
Piala Super UEFA: Ancelotti tidak jamin beri Mbappe penampilan pertama
Ancelotti kekal berahsia mengenai peluang Kylian Mbappe untuk membuat penampilan sulung bersama Real Madrid pada Piala Super UEFA.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Sentuhan berpengalaman Carlo Ancelotti mampu pacu Brazil - Lucas Leiva
Ancelotti dilaporkan akan menjadi ketua jurulatih baru Brazil di penghujung musim 2023-24 sebaik kontraknya di Real Madrid tamat.
EPL: Kes kontrak Carlo Ancelotti, Everton selesai
Ancelotti sebelum ini dilaporkan membuka kes mahkamah ke atas Everton yang dilabel sebagai 'kontrak dan pengaturan komersial am'.
EPL: Carlo Ancelotti saman Everton
Carlo Ancelotti dilaporkan telah menyaman bekas kelabnya, Everton, berdasarkan rekod mahkamah yang didedahkan.
Ancelotti tidak berhasrat tinggalkan Real Madrid
Ancelotti hanya berbaki setahun dalam kontraknya dan beliau telah dikaitkan dengan jawatan mengendalikan skuad Brazil.
LaLiga: Saya tidak akan latih Barcelona, kata Ancelotti
Terdapat perkhabaran mendakwa tempoh kedua jurulatih itu bersama kelab berkenaan akan tiba di penghujungnya tidak lama lagi.