Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015 di mana dia telah mengendalikan 119 perlawanan buat kelab gergasi Sepanyol itu.
Musim lalu, Ancelotti menjadi jurulatih pertama yang memenangi Piala Eropah/Liga Juara-Juara (UCL) sebanyak lima kali ketika berusia 65 tahun.
Dia turut berharap dapat terus melatih pasukan itu untuk beberapa tahun akan datang lagi.
"Saya tidak memikirkan masa depan saya sama sekali, saya sangat menyukai pekerjaan ini. Saya sangat bertuah kerana berada di kelab yang hebat ini.
"Esok akan menjadi perlawanan ke-300 saya di kelab terbaik dunia ini dan ini merupakan sesuatu yang istimewa.
"Untuk mengendalikan 300 perlawanan bukanlah satu keajaiban, tetapi ia hampir-hampir satu keajaiban.
"Semestinya anda tidak dapat membandingkan keletihan saya dengan pemain. Terdapat tekanan, tanggungjawab, tetapi saya menyukai perkara itu.
"Saya mahu kekal di sini bertahun-tahun lagi," katanya pada sidang media pra perlawanan.