CARLO Ancelotti memiliki pengalaman dan kualiti untuk membantu Brazil menawan Piala Dunia keenam, menurut bekas pemain tengah skuad Selecao, Lucas Leiva.
Ancelotti dilaporkan akan menjadi ketua jurulatih baru Brazil di penghujung musim 2023-24 sebaik kontraknya di Real Madrid tamat, di mana dia telah menikmati karier yang gemilang dengan memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh dua musim bersama kelab itu.
Sementara itu, Brazil mahu bangkit daripada kekecewaan Piala Dunia di Qatar yang menyaksikan mereka tersingkir menerusi sepakan penalti kepada Croatia di peringkat suku akhir.
Ia sekali gus memadam sebarang harapan mereka untuk menjulang trofi berprestij itu buat kali keenam yang mendorong Tite meletakkan jawatan.
Sudah 21 tahun sejak kali terakhir skuad Selecao memenangi Piala Dunia tetapi Lucas percaya pelantikan Ancelotti adalah langkah yang tepat untuk membawa trofi idaman berkenaan dalam edisi seterusnya pada 2026.
"Ini kali pertama seorang pengurus luar mengemudi pasukan kebangsaan kami," kata Lucas.
"Ia mengujakan kerana dia seorang juara, dia sudah memenangi segala-galanya. Ke mana sahaja dia pergi, dia pasti berjaya.
“Kami menaruh harapan untuk melihatnya mencurahkan pengalaman dan kualitinya bersama pasukan kebangsaan kerana kami mahu memenangi Piala Dunia buat sekian kalinya.
“Kini sebagai seorang peminat, saya akan berharap Ancelotti melakukan tugas yang hebat kerana di penghujung hari, kami mahu Brazil menang.
"Dan jika dia boleh membawa pengalaman dan kualiti serta pengetahuannya tentang bola sepak ke Brazil, bukan sahaja pasukan kebangsaan malah negara sekalipun saya fikir ia akan menjadi sesuatu yang hebat.”
Astro Arena
Sat Jul 22 2023

Ancelotti telah menikmati karier yang gemilang dengan memenangi dua gelaran UCL dalam tempoh dua musim bersama kelab itu. - Gambar fail

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.

Copa del Rey: Ancelotti sambut positif cemuhan penyokong Real Madrid
Ancelotti memahami perasaan peminat kelab yang mengejek barisannya dalam kemenangan 5-2 pusingan 16 Copa del Rey ke atas Celta Vigo pagi tadi.

Supercopa de Espana: Ancelotti tempelak Real Madrid khianati taktikalnya
Barisannya ditumbangkan dengan mudah dalam pertemuan itu sungguhpun Mbappe terlebih dahulu meletakkan mereka di depan pada minit kelima.

LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'
Ancelotti optimis pemainnya akan terlepas daripada penggantungan minimum dua perlawanan.

LaLiga: Carlo Ancelotti optimis misi Real Madrid buru kejuaraan semakin hampir
Pencabar terdekat, Barcelona, telah mendahului sejak Ogos lalu, walaupun hanya melakar satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga.

LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.

Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.

'Kami terluka' - Luah Ancelotti selepas Real Madrid tewas kepada Barcelona
Carlo Ancelotti menjelaskan Real Madrid tidak perlu 'membuang segala-galanya ke dalam tong sampah' selepas tewas 4-0 kepada Barcelona.

Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe
Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan Kylian Mbappe dalam menentang Deportivo Alaves.

LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.