Ini susulan pencabar terdekat, Barcelona, telah mendahului sejak Ogos lalu, walaupun hanya melakar satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga hingga menyebabkan Blaugrana tergelincir ke kedudukan ketiga liga, selain jurang jumlah mata - tiga kelompok pasukan teratas - juga tidak jauh berbeza.
Sementara itu, pasukannya yang merupakan juara bertahan LaLiga sedang mengekori rapat dengan hanya jurang satu mata berbeza dengan Atletico Madrid (41), dengan Madrid telah mengumpul 40 mata daripada 18 perlawanan.
"Tahap daya saingan dalam LaLiga pasti akan kurang dalam aspek pengumpulan mata untuk merangkul kejuaraan.
"Hakikatnya adalah Atletico turut mengejar kejuaraan dan saya fikir ia akan mengambil kurang daripada 90 mata untuk bergelar juara." katanya kepada pemberita.
Jurulatih berusia 65 tahun itu turut mengharapkan Barca kembali membuat kemunculan semula selepas kehilangan momentum.
"Anda mengalami kemerosotan dan kemudiannya akan menjadi kompetitif seperti sebelum ini semula. Barcelona dan Atletico mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan kami." tambahnya.
Untuk rekod, bekas pemain Itali itu telah memacu Real Madrid memenanggi dua kejuaraan liga sejak kembali ke pasukan itu pada 2021.
Real Madrid merangkul gelaran saingan LaLiga musim 2023/24 dengan 95 mata secara keseluruhan -perbezaan jurang 10 mata- berbeza dengan pencabar terdekat, Barcelona, yang memperoleh 85 mata.