JUTAWAN Britain, Jim Ratcliffe, menegaskan bahawa dia tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal demi menguasai Manchester United tatkala tarikh akhir bidaan makin hampir.
Pemilik semasa, keluarga Glazer, meletakkan United di dalam pasaran pada November tahun lalu dan Ratcliffe menjadi pembida pertama yang secara rasmi mendaftarkan berminat melalui syarikat bahan kimianya yang berpangkalan di London, INEOS.
Dia kemudiannya menjadi antara pihak yang mengemukakan bidaan awal pada bulan lalu dengan Ratcliffe dan jurubank Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani, dianggap mendahului pembidaan itu.
Walaupun nilai sebenar bidaan tidak dinyatakan, Glazers dilaporkan menuntut sekurang-kurangnya AS$7.2 bilion (RM32.2 bilion) dan ia akan menjadi rekod baru dunia bagi sebuah kelab yang dinilai Forbes tahun lalu setinggi AS$4.8 bilion (RM21.4 bilion).
Laporan terkini mencadangkan pembida makin yakin Glazers akan meluluskan penjualan itu dengan Ratcliffe dan Sheikh Jassim dijangka menyerahkan tawaran rasmi masing-masing minggu ini.
Begitupun, Ratcliffe melontarkan amaran bahawa dia tidak bersedia membayar secara membuta-tuli.
Bercakap mengenai proses pembidaan itu kepada Wall Street Journal, Ratcliffe berkata: "Bagaimana anda menentukan harga sebuah lukisan? Bagaimana anda memutuskan harga rumah?
"Ia tidak berkaitan dengan kos untuk membina atau berapa kos untuk mengecat.
"Apa yang anda tidak mahu lakukan ialah membayar harga yang tidak masuk akal ke atas sesuatu yang kemudian boleh buat anda menyesalinya." - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Mar 21 2023

Ratcliffe melontarkan amaran bahawa dia tidak bersedia membayar secara membuta-tuli. - Foto AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kakitangan Man Utd diberhentikan secara besar-besaran?
Kakitangan yang tiada kaitan mengenai bola sepak di Manchester United dijemput untuk memberikan jawapan mengenai hala tuju pekerjaan masing-masing melalui emel, semalam.

Ratcliffe mahu saya kekal - Ten Hag
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mendakwa pemilik separuh kelab itu, Jim Ratcliffe, memintanya untuk terus kekal di kelab itu.

Jutawan Britain beli 25% pegangan dalam Manchester United
Kumpulan Ineos milik Ratcliffe akan mengawal operasi bola sepak kelab itu.

Ratcliffe tukar fikiran, mahu beli minoriti saham United
Ratcliffe merupakan salah seorang daripada dua calon utama untuk membeli United bersama jutawan dari Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani.

Sheikh Jassim buat tawaran akhir beli Manchester United
Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani telah membuat tawaran akhir yang lebih baik untuk Manchester United.

Pembelian Manchester United: Sheikh Jassim, Ratcliffe hantar bidaan kedua
Kedua-dua pihak dijangka meningkatkan tawaran awal mereka selepas tarikh akhir penyerahan dilanjutkan oleh bank Raine yang bertindak sebagai pihak ketiga membantu penjualan kelab itu.

Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United
Ratcliffe menegaskan bahawa dia tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal demi menguasai Manchester United.

Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United
Walaupun masa depannya tidak menentu, namun beberapa pihak dilihat berminat mengambil alih daripada keluarga Glazer.