Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda 17 pemain pasukan Kuala Lumpur sebanyak RM5,000 setiap seorang selain diberikan amaran keras selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak berkata kesemua 17 pemain berkenaan hanya dikenakan denda selepas FAM mengambil kira faktor bahawa pemain menjadi 'mangsa keadaan' penaja yang mendesak mereka untuk terlibat dengan skandal berkenaan.
Katanya, para pemain skuad warga kota telah diugut oleh penaja supaya tidak melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa sehingga menyebabkan mereka bimbangkan keselamatan anggota keluarga masing-masing.
"Perjanjian antara Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan penaja bertarikh 12 Nov 2012 sedangkan perjanjian (sebenar) dibuat pada 11 Dis iaitu dua hari sebelum berakhirnya tempoh pendaftaran pemain.
"Jawatankuasa berpendapat ia sengaja dirancang oleh pihak penaja...dalangnya ada cuma kita tidak boleh mendedahkan namanya atas faktor keselamatan. Kita akan merujuk (kes ini) kepada pihak atasan (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis) untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
Taufik berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Isnin.
Pemain berkenaan ialah Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhamad Azwan Jatin, S. Sivaraj, Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor, Ahmad Dashila Tajudin, Hishamuddin Othman, Mohd Badrul Hisyam Azmi, Muhamad Ar'ra'uf Roslee, Muhammad Hanis Mohtar, Muhammad Rafef Raya, Muhammad Syafiq Johari, Mohd Munir Amran, Muhammad Taufiq Mohd Shukor, Ahmad Jihad Ismail.
Taufik berkata pemain skuad Kuala Lumpur pernah melaporkan skandal rasuah berkenaan kepada pengurusan KLFA namun tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan mereka (pengurusan pasukan) turut terikat dengan kontrak pihak penaja.
"Penaja meletakkan pelbagai syarat dan salah satu syaratnya ialah sebahagian daripada pengurusan pasukan hendaklah datang daripada pihak penaja (sendiri) dan gaji dibayar oleh pihak penaja.
"Sebelum bermulanya Liga Perdana (2012), penaja telah memanggil kesemua pemain di mana mereka hendaklah mengikut segala arahan yang dikeluarkan dan menyebabkan mereka bermain tidak mengikut semangat kesukanan yang sebenar sehingga melepaskan 60 gol selain turut kalah 16 perlawanan," katanya.
Pada 20 Dis lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada lima pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan.
Mereka adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker dan Hafizi Roslee.
Selain itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia, penolong pengurus Rosli Omar dan pegawai pasukan, Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama.
Bernama
Mon Feb 03 2014

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.

Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL
The Miners kendalian Aleksey Baga yang ditubuhkan 1961 itu juga dikenakan pemotongan 30 mata musim ini dan 20 pada musim depan.

Eksekutif warga Malaysia digantung seumur hidup kerana atur perlawanan - BWF
Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan.

Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar - Khairy
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.

Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWF
Dua pemain badminton profesional negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini, pada Isnin.

Dua pemain tuntut permohonan maaf, FAS enggan berkompromi
Dua pemain bola sepak Sarawak dakwa diperlaku tidak adil oleh FAS apabila dituduh mengatur perlawanan dengan Felcra United 10 Februari lalu.

Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM
Hasil siasatan SPRM sepanjang enam hari tempoh reman terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka terlibat.

Atur perlawanan, dua pemain Sarawak direman
Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang orang awam dipercayai bookie direman enam hari selepas dipercayai menerima atau meminta suapan.