KUALA LUMPUR:Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan.
BWF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa Unit Integriti BWF telah menyiasat wakil eksekutif peralatan sukan yang menaja pemain antarabangsa itu sejak kejohanan Terbuka Jepun 2014.
"Kami mendapati individu tersebut mendekati beberapa pemain antarabangsa dan menawarkan wang untuk memanipulasi perlawanan termasuk perlawanan melibatkan pemain yang ditaja oleh majikan individu berkenaan selain bertaruh dalam beberapa perlawanan.
"Dia menyalahgunakan kedudukan dan pengaruhnya sebagai eksekutif dalam jenama sukan dalam usaha untuk merosakkan badminton antarabangsa dan memperkayakan dirinya sendiri," menurut kenyataan itu.
Menurut BWF, eksekutif berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam tempoh 21 hari daripada tarikh hukuman.
Selain, itu, BWF memaklumkan tiga pemain Indonesia turut dihukum gantung seumur hidup daripada terbabit dalam sukan itu kerana kesalahan mengatur perlawanan manakala lima lagi pemain negara itu dikenakan hukuman gantung antara enam dan 12 tahun serta masing-masing didenda US$30,000 (RM120,954) dan US$12,000 (RM48,381).
BWF berkata kesemua pemain itu melakukan kesalahan berkaitan mengatur perlawanan, manipulasi perlawanan dan melakukan pertaruhan ketika bersaing dalam kejohanan peringkat rendah di Asia sehingga 2019.
Sepanjang tempoh itu, mereka juga dilarang menyertai sebarang aktiviti membabitkan sukan badminton termasuk bahagian pengurusan, kejurulatihan, pengadilan atau pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 08 2021
Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Eksekutif warga Malaysia digantung seumur hidup kerana atur perlawanan - BWF
Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan.