Dua pemain badminton Malaysia masing-masing menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan, yang kebanyakannya dilakukan pada 2013, kata pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra.
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini pada Isnin.
"Satu daripada perlawanan itu ialah Grand Prix Korea," kata Jadadish kepada pemberita selepas pendengaran itu.
Jadadish, yang juga anggota majlis BAM, adalah anggota utama jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan kebangsaan itu.
Beliau berkata, BWF mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan dua pemain itu berikutan laporan yang dibuat seorang pemain.
"Ia bukan pemain Malaysia dan tiada kaitan dengan pemain Denmark," katanya.
Jadadish berkata, empat saksi dari tiga negara memberi kenyataan semalam, manakala dua lagi akan memberi keterangan hari ini.
Pendengaran itu akan bersambung pada 10 pagi hari ini.
Ditanya tentang pendengaran itu, Jadadish berkata: "Saya tiada isu berkaitan prosedur. Panel terlibat amat adil. Saya berharap keadilan dapat ditegakkan nanti.
"Pemain berkenaan juga memberi kerjasama yang amat baik," katanya.
Jadadish berkata, bahan bukti pihak pemain akan dikemukakan pada pendengaran itu pada hari ini.
"Pemain itu tidak memberi keterangan pada sesi hari ini (Isnin). Esok (Selasa) merupakan hari pembelaan. Pihak peguam yang mewakili pemain akan menyoal balas saksi," katanya.
Jadadish berkata, beliau tidak menjangka BWF akan memberi keputusan kes itu hari ini kerana lazimnya "sesuatu keputusan akan diserah secara bertulis berserta dengan alasan kepada kami".
Zulfadli, bekas juara remaja dunia 2011, dan Tan, yang pernah beraksi pada kejohanan Piala Thomas 2010, masing-masing diwakili dua peguam pada pendengaran dua hari itu.
Pendengaran dikendalikan panel tiga anggota daripada BWF.
"Mereka adalah dari tiga negara," kata Jadadish.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2018
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini, pada Isnin. - Gambar hiasan
Korban keenam disahkan dalam serangan rempuhan kereta di pasar Krismas Jerman
Wanita berusia 52 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di hospital, menurut Pejabat Pendakwa Raya Naumburg di Saxony-Anhalt.
Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Dasar tarif Trump berisiko kurangkan kuasa beli pengguna teknologi AS sehingga US$143 bilion - Persatuan
Pembelian komputer riba dan tablet boleh merosot sehingga 68 peratus, manakala penggunaan konsol permainan video mungkin turun 58 peratus.
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.
Kuih kapit Kamsiah jadi pilihan musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina
Kamsiah kini telah banyak menerima tempahan kuih kapit itu untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada penghujung bulan ini.
Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.
SPRM komited kesiapsiagaan pegawai penuhi tuntutan negara
Azam berkata ia bagi memenuhi tuntutan negara dan harapan masyarakat terhadap agensi itu.
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL
The Miners kendalian Aleksey Baga yang ditubuhkan 1961 itu juga dikenakan pemotongan 30 mata musim ini dan 20 pada musim depan.
Eksekutif warga Malaysia digantung seumur hidup kerana atur perlawanan - BWF
Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan.
Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar - Khairy
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.
Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWF
Dua pemain badminton profesional negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini, pada Isnin.
Dua pemain tuntut permohonan maaf, FAS enggan berkompromi
Dua pemain bola sepak Sarawak dakwa diperlaku tidak adil oleh FAS apabila dituduh mengatur perlawanan dengan Felcra United 10 Februari lalu.
Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM
Hasil siasatan SPRM sepanjang enam hari tempoh reman terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka terlibat.
Atur perlawanan, dua pemain Sarawak direman
Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang orang awam dipercayai bookie direman enam hari selepas dipercayai menerima atau meminta suapan.