KUALA LUMPUR: Jaringan penyamaan Rana Waheed Ashraf pada suku keempat memusnahkan impian Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas diikat 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan di Muscat, Oman pada Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).
Susulan keputusan itu, Malaysia gagal menempatkan diri ke separuh akhir usai menamatkan saingan kumpulan di tempat tercorot dengan satu mata di belakang China yang meraih tiga mata, Pakistan (4 mata) dan Great Britain yang mengungguli kedudukan dengan sembilan mata.
Skuad kendalian Arul Selvaraj harus menyalahkan diri sendiri apabila membenarkan Pakistan bangkit sebanyak tiga kali dalam perlawanan penuh debaran di Stadium Hoki Oman itu.
Fitri Saari meletakkan Malaysia di depan menerusi jaringan padang pada minit ke-20 namun kelebihan dimiliki Speedy Tigers hanya bertahan tiga minit angkara Sufyan Khan yang memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk menyamakan kedudukan buat Pakistan.
Malaysia kembali mendahului apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal bijak menyempurnakan pukulan sudut penalti oleh ketua pasukan Muhammad Marhan Mohd Jalil dalam situasi kelam kabut di depan pintu gol lawan pada penghujung suku kedua.
Tiga minit selepas suku ketiga bermula, pasukan bimbingan Sheikh Shahnaz sekali lagi bangkit mengikat skuad kebangsaan, kali ini menerusi Ammad Butt yang melepasi kawalan benteng pertahanan negara untuk menolak bola ke dalam gawang Malaysia.
Selepas penalty stroke diambil Muhammad Razie dinafikan penjaga gol Abdullah Ishtiaq Khan, usaha keras Malaysia untuk kembali memimpin perlawanan membuahkan hasil apabila Muhammad Firhan Ashari menyumbat gol padang pada minit ke-40.
Bagaimanapun kelegaan Malaysia bertukar kekecewaan pada saat Rana Waheed menjaringkan gol padang dalam minit ke-52, sekali gus menjadi wira Pakistan yang mengesahkan kemaraan pasukan itu ke separuh akhir.
Sementara itu dalam aksi lain, Great Britain mengekalkan rekod cemerlang mereka apabila menutup saingan Kumpulan A dengan membelasah China, 6-0.
Hanya tiga pasukan terbaik dalam kempen di Oman akan melayakkan diri ke Paris.
Malaysia akan meneruskan perjuangan di Oman selepas dijadualkan bertemu Chile bagi perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan, Sabtu ini.
Kali terakhir Malaysia layak ke temasya terbesar dunia itu adalah pada edisi 2000 di Sydney.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Aksi terakhir Kumpulan A dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 menyaksikan Malaysia dan Pakistan seri 3-3 di Stadium Hoki Oman, Muscat, pada Khamis. - Facebook Malaysian Hockey Confederation
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.

ACT Wanita: Malaysian Tigress tewas kepada China 0-5
China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.