KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek 'Road To Gold' (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.
Pandelela berkata beliau mendapat khidmat sokongan seperti pasukan sains sukan ketika beraksi pada dua Olimpik iaitu edisi 2012 di London, United Kingdom dan edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, yang membantunya menyumbang pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu.
"Diharapkan selepas ini khidmat sokongan lebih konsisten, jangan sekejap ada sekejap tiada... Seperti ketika di London dan Rio kami mempunyai tukang urut dan (khidmat) biomekanik sukan, namun untuk Tokyo 2020 tiada (khidmat sokongan)," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan (MIAG) ke-58 di sini, hari ini.
Beliau berkata atlet terjun memerlukan analisis video ketika latihan dan pertandingan dan tanpa khidmat sokongan berkenaan sukar bagi mereka mempamerkan aksi konsisten.
Pandelela mencipta sejarah apabila muncul atlet wanita pertama negara menyumbang pingat (gangsa) di Sukan Olimpik pada edisi 2012 bagi acara 10 meter (m) platform dan kemudian meraih perak dalam 10m platform seirama, bergandingan bersama Cheong Jun Hoong, pada edisi 2016.
Bulan lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik.
Dalam pada itu, atlet dari Sarawak tersebut yakin bahawa barisan penerjun junior mampu menyinar, sekali gus mengekalkan dominasi Malaysia dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Januari lepas, penolong jurulatih Datuk Leong Mun Yee mengumumkan skuad terjun elit tidak akan menyertai Sukan SEA 2023 di Kemboja, bagi memberi pendedahan kepada penerjun muda di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, Pandelela yang mewakili pasukan kebangsaan menepati ramalan apabila menjuarai 10m platform dengan mengutip 326.05 mata diikuti penerjun Sarawak, Eilisha Rania Abrial Rajagopal (235 mata) dan wakil Singapura, Ong Rei En meraih gangsa (208.25 mata).
Mengulas aksinya hari ini, Pandelela berkata beliau lega dapat kembali merasai pengalaman bertanding selepas kali terakhir bersaing pada Grand Prix (GP) Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di sini, November lepas.
Katanya, pertandingan kali ini merupakan platform baginya menyiapkan diri bagi membawa cabaran negara pada Piala Dunia Terjun 2023 di Montreal, Kanada pada 5 hingga 7 Mei ini.
Sementara itu, penerjun kebangsaan menguasai podium dalam acara 10m platform lelaki menerusi Bertrand Rhodict yang meraih 404.15 mata untuk memenangi emas, menewaskan Jellson Jabilin yang merangkul perak (372.10 mata) dan Enrique Maccartney meraih gangsa (338.75 mata).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
![Projek RTG: Pandelela harap khidmat sokongan disediakan semula Projek RTG: Pandelela harap khidmat sokongan disediakan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661333884_TBPANDALELANFTj.jpg)
Pandelela berkata beliau mendapat khidmat sokongan seperti pasukan sains sukan ketika beraksi pada dua Olimpik yang membantunya menyumbang pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu. - Fail/Astro AWANI
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707180127_PandelelaRinong.jpg)
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
![Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708164267_Pandelela.jpg)
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
![Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708008170_AndyLow.jpg)
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
![Hanya alasan! - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar Hanya alasan! - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707912200_TBPANDALELA.jpg)
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
![Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657763323_NurDhabitahSabri.jpg)
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
![RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652273418_TBsukansea.jpg)
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
![Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707721242_tbPandelela.jpg)
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
![Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024 Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707257630_PandalelaRinongNu.jpg)
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
![Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024 Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707180127_PandelelaRinong.jpg)
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.
![Pandelela terlepas kelayakan Olimpik acara 10m platform Pandelela terlepas kelayakan Olimpik acara 10m platform](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696330057_PandelelaRinong.jpg)
Pandelela terlepas kelayakan Olimpik acara 10m platform
Pandelela hanya menduduki tempat ke-29 dengan 231.15 mata, ketinggalan 204.05 mata di belakang juara dunia Chen Yuxi (435.20 mata).