Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen berharap jaguh negara Datuk Lee Chong Wei akan kembali beraksi dalam kejohanan kompetitif secepat mungkin bagi merealisasikan impiannya untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
"Harapan dan doa saya untuk Chong Wei mencapai impiannya dan saya tahu keazamannya untuk beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
"Setulus hati, saya harap beliau akan mencapainya. Saya faham keadaan sukar yang dilaluinya dan ingatan saya sentiasa bersamanya dalam usaha beliau untuk layak ke Tokyo," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia 2019, di sini pada Isnin.
Chong Wei, 37, terpaksa berehat panjang selama lapan bulan selepas disahkan menghidap kanser hidung pada Julai tahun lalu.
Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu ketika ini berada di Taiwan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membolehkan beliau membuat kemunculan semula dalam kejohanan antarabangsa bermula pada Terbuka Malaysia dari 2 hingga 7 April ini.
Tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan bermula secara rasmi pada 1 April 2019 hingga 26 Apri 2020.
Semasa tempoh berehat, ranking Chong Wei jatuh ke tangga ke-41 dunia dan pemain itu perlu kembali dalam saingan kompetitif memandangkan hanya 38 pemain ranking terbaik dunia layak untuk beraksi dalam acara perseorangan lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Terdahulu, BWF telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sukan Olimpik Khas untuk membantu antara lain akses kepada sumber pembelajaran percuma dan kejurulatihan kepada pemain kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah intelektual.
Pada majlis di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi (ADNEC) di sini, Mou tersebut ditandatangani oleh Poul-Erik manakala Sukan Olimpik Khas diwakili oleh Naib Presiden Kanan Bagi Sukan dan Kesihatan, Drew Boshell.
Badan induk badminton dunia itu turut melatih 10 pemain kurang upaya intelektual dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pengadil garisan pada temasya Sukan Olimpik Khas yang sedang berlangsung di sini serta dijadual menjadi pegawai pertandingan bagi acara badminton peringkat dunia di Dubai tahun depan.
Majlis itu turut dihadiri oleh bekas pemain nombor satu dunia, Peter Gade dari Denmark dan bekas pemain wanita nombor satu dunia,Wang Yihan dari China. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 19 2019

Poul-Erik Hoyer Larsen berharap Chong Wei (gambar) akan kembali beraksi dalam kejohanan kompetitif secepat mungkin. - Astro AWANI/Shahir Omar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.