Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menafikan pemain muda ke Sukan SEA Filipina yang berjaya meraih tiga pingat emas atas sebab mereka 'bernasib baik'.
Beliau berkata bahawa kenyataan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong menerusi 'Surat Terbuka Kepada Menteri Belia dan Sukan' yang menyifatkan pemain negara 'bernasib baik' kerana pemain terbaik Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu adalah tidak adil.
"Bagi saya adalah tidak adil dengan komen-komen sedemikian kerana rata-rata bila kita melihat prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda badminton ini adalah sangat membanggakan.
Untuk seseorang mengatakan bahawa negara-negara lain tidak menghantar pemain-pemain ternama mereka, perkara itu boleh kita nafikan kerana kita melihat Praveen Jordan dan pasangan serta pemain-pemain penting seperti Jonatan Christie (Indonesia) juga ada di Manila", katanya kepada pemberita di sidang media selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-17 di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohamad Norza menyifatkan bahawa kenyataan Zolkples itu, adalah suara sumbang yang tidak perlu dipedulikan oleh persatuan mahupun pemain muda yang berjaya memungut tiga emas biarpun sasaran hanya dua pingat emas diletakkan BAM.
"Contohnya, bila kita melihat persembahan S.Kisona, beliau dalam senarai teratas dan kalau kita lihat Indonesia juga menghantar pemain teratas Ruselli Hartawan.
Jadi,saya fikir ini tidak adil dan saya merasakan bahawa ini merupakan suara-suara sumbang yang tidak perlu ada dalam pada kita semua bekerja secara sukarela untuk menaikkan martabat sukan negara kita", katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019
MOHAMAD NORZA: Bagi saya adalah tidak adil dengan komen-komen sedemikian kerana rata-rata bila kita melihat prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda badminton ini adalah sangat membanggakan. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.