PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan rombongan 39 atlet dan jurulatih yang akan ke Bangkok untuk Kejohanan Terbuka Thailand sah negatif COVID-19 kecuali Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.
Dua kejohanan bertaraf Super 1000 di negara jiran itu yang bermula 12 Januari ini merupakan kejohanan luar pertama wakil negara sejak penularan pandemik tersebut.
Bagaimanapun, Choong Hann dilaporkan tidak mengalami sebarang gejala dan sedang menjalani protokol kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Saya dalam keadaan baik, tiada gejala cuma adakala berasa sakit kepala.
"Saya agak terkejut sebaik mendapati positif. Saya tidak begitu gusar dengan keadaan sendiri walaupun banyak cerita mengenai COVID-19.
"Saya yakin mempunyai fizikal yang baik untuk pulih jadi saya tidak khuatir. Tetapi apa yang lebih membimbangkan saya ialah jika pemain dilarang ke Thailand.
"Mereka telah menjalani persiapan rapi jadi saya pasti agak kecewa. Namun, saya lega mereka masih dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya ketika diwawancara maya bersama wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.
Justeru, individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat Choong Hann turun mengambil ujian dan difahamkan keputusan mereka adalah negatif.
Skuad negara yang disenaraikan beraksi di Thailand menjalani ujian calitan pandemik itu pada pagi Sabtu dan menerima keputusan memberangsangkan pada sebelah petang.
"BAM akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan semua aspek dan memantau dan mengawal ketat kawasan ini," katanya.
Sementara itu, Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, turut memanjangkan cuti bagi skuad remaja negara yang sepatutnya melaporkan diri ke latihan pusat semalam.
BACA: Skuad badminton negara peroleh laluan mudah di dua kejohanan Thailand
Pusingan pertama menyaksikan wakil profesional negara, Liew Darren, menentang Anders Antonsen dari Denmark sementara perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, akan menghadapi pemain India, H.S Prannoy.
Dalam perkembangan terbaru, juara dunia dari Jepun, Kento Momota, dikesan positif COVID-19 sebelum berlepas ke Bangkok semalam.
Astro Arena
Sun Jan 03 2021
WONG: Saya yakin mempunyai fizikal yang baik untuk pulih jadi saya tidak khuatir. Tetapi apa yang lebih membimbangkan saya ialah jika pemain dilarang ke Thailand. - Gambar fail
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Pengganti Choong Han tidak boleh dibuat terburu-buru - Presiden BAM
BAM harus kenal pasti jurulatih sesuai, namun ia bukan jalan mudah, tegas Presiden BAM, Mohamad Norza Zakaria.
Chong Wei belum sedia sandang jawatan, namun sedia bantu BAM
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei masih belum berhasrat mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditinggalkan Wong Choong Hann.
BAM kenal pasti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan baharu - Norza
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memulakan proses pencarian pengganti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Wong Choong Hann, yang membuat keputusan meletakkan jawatannya.
Sukan SEA: Pengganti Justin harus bersedia pikul tanggungjawab
Pemain yang dipilih bagi menggantikan pemain perseorangan lelaki meningkat naik Justin Hoh dalam skuad Sukan SEA 2023 harus bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab berkenaan.
Piala Sudirman: Skuad negara mungkin dirombak - Choong Hann
Prestasi pemain badminton negara akan dinilai semula menerusi beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia BWF.
Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir
Komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan kedua-dua pemain berkenaan, mampu menutup tirai kejohanan musim 2022 dengan penuh bergaya.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Tidak mahu bergantung pada Zii Jia, BAM komited lahir jaguh perseorangan lelaki
Tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.
BATC 2022: 'Jangan pandang mudah lawan' - Choong Hann
Pemain negara diharap tidak ambil mudah BATC kali ini walaupun beberapa negara dikhabarkan akan menurunkan pasukan kedua masing-masing.
Pemain dengan prestasi terbaik galas cabaran negara di BATC 2022
Pemilihan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disebabkan kedua-dua pemain itu yang lebih menonjol dalam tempoh setahun kebelakangan ini.