KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak boleh mengambil langkah terburu-buru dalam mencari pengganti Wong Choong Hann, yang meletak jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, baru-baru ini.
Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui tidak mudah mencari jurulatih yang mampu mengisi kelompongan ditinggalkan Choong Hann yang menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun sejak November 2018 bersama badan memayungi badminton negara itu.
Katanya, kebanyakan jurulatih terutamanya dari luar juga pastinya sedang memberi komitmen jitu membantu negara masing-masing menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, dengan kempen kelayakan sedang rancak berlangsung hingga April tahun depan.
"Tentu sekali kita sedang cari jalan sesuai ganti Choong Hann. Bukan senang kerana beliau telah bersama kita sejak lima tahun lepas, sudah sebati dan menjadi satu daripada penggerak serta aset pasukan badminton kita.
"Oleh itu, kita harus kenal pasti jurulatih sesuai, namun ia bukan jalan mudah .... Sama ada menerusi penyesuaian struktur masa ini (jurulatih) atau ambil orang baharu, perkara itu masih dalam perbincangan, tak boleh terburu-buru mahupun tangkap muat," katanya selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022, di sini.
Mengenai pengganti Michelle Chai yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Mohamad Norza berkata, BAM masih melakukan proses pencarian bagi memastikan individu itu benar-benar layak mengepalai ABM.
"Kita juga melantik ejen headhunter untuk lihat dari seluruh pelusuk dunia individu yang boleh mengendalikan akademi sukan, lebih-lebih lagi sesuai dengan badminton," katanya.
Bulan lepas, Michelle secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif ABM susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir daripada saingan Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Michelle pada sidang media berkata, kekalahan mengejut 0-3 di tangan skuad wanita Filipina pada aksi suku akhir di Dewan Badminton, Stadium Nasional Morodok Techo itu tidak boleh diterima dan memerlukan jalan penyelesaian barisan pengurusan serta kejurulatihan ABM. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
![Pengganti Choong Han tidak boleh dibuat terburu-buru - Presiden BAM Pengganti Choong Han tidak boleh dibuat terburu-buru - Presiden BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680098630_TBNORZAPUTRAJAYA.jpg)
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak boleh mengambil langkah terburu-buru dalam mencari pengganti Wong Choong Hann, yang meletak jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, baru-baru ini, kata Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Pengganti Choong Han tidak boleh dibuat terburu-buru - Presiden BAM Pengganti Choong Han tidak boleh dibuat terburu-buru - Presiden BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680098630_TBNORZAPUTRAJAYA.jpg)
Pengganti Choong Han tidak boleh dibuat terburu-buru - Presiden BAM
BAM harus kenal pasti jurulatih sesuai, namun ia bukan jalan mudah, tegas Presiden BAM, Mohamad Norza Zakaria.
![Chong Wei belum sedia sandang jawatan, namun sedia bantu BAM Chong Wei belum sedia sandang jawatan, namun sedia bantu BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681373055_SidangMediaLCW.jpg)
Chong Wei belum sedia sandang jawatan, namun sedia bantu BAM
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei masih belum berhasrat mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditinggalkan Wong Choong Hann.
![BAM kenal pasti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan baharu - Norza BAM kenal pasti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan baharu - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670433372_MohamadNorzaZakari.jpg)
BAM kenal pasti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan baharu - Norza
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memulakan proses pencarian pengganti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Wong Choong Hann, yang membuat keputusan meletakkan jawatannya.
![Sukan SEA: Pengganti Justin harus bersedia pikul tanggungjawab Sukan SEA: Pengganti Justin harus bersedia pikul tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677430212_TBJUSTINHOH.jpg)
Sukan SEA: Pengganti Justin harus bersedia pikul tanggungjawab
Pemain yang dipilih bagi menggantikan pemain perseorangan lelaki meningkat naik Justin Hoh dalam skuad Sukan SEA 2023 harus bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab berkenaan.
![Piala Sudirman: Skuad negara mungkin dirombak - Choong Hann Piala Sudirman: Skuad negara mungkin dirombak - Choong Hann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677223470_WongChoongHann.jpg)
Piala Sudirman: Skuad negara mungkin dirombak - Choong Hann
Prestasi pemain badminton negara akan dinilai semula menerusi beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia BWF.
![Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668154095_TBMASHUP.jpg)
Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir
Komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan kedua-dua pemain berkenaan, mampu menutup tirai kejohanan musim 2022 dengan penuh bergaya.
![Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659286851_TzeYongNg.jpg)
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
![Tidak mahu bergantung pada Zii Jia, BAM komited lahir jaguh perseorangan lelaki Tidak mahu bergantung pada Zii Jia, BAM komited lahir jaguh perseorangan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/61520576647_NORZAZAKARIA.jpg)
Tidak mahu bergantung pada Zii Jia, BAM komited lahir jaguh perseorangan lelaki
Tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.
![BATC 2022: 'Jangan pandang mudah lawan' - Choong Hann BATC 2022: 'Jangan pandang mudah lawan' - Choong Hann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643449248_LeeZiiJia.jpg)
BATC 2022: 'Jangan pandang mudah lawan' - Choong Hann
Pemain negara diharap tidak ambil mudah BATC kali ini walaupun beberapa negara dikhabarkan akan menurunkan pasukan kedua masing-masing.
![Pemain dengan prestasi terbaik galas cabaran negara di BATC 2022 Pemain dengan prestasi terbaik galas cabaran negara di BATC 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643491525_Badminton.jpg)
Pemain dengan prestasi terbaik galas cabaran negara di BATC 2022
Pemilihan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disebabkan kedua-dua pemain itu yang lebih menonjol dalam tempoh setahun kebelakangan ini.