Bekas pengendali pasukan kebangsaan Maldives, Velizar Emilov Popov dilantik menjadi ketua jurulatih baharu bagi Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa Khamis.
Pengumuman pelantikan itu dibuat presidennya Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media tergempar di sini pada Khamis.
Pelantikan jurulatih yang berasal dari Bulgaria itu adalah bagi menggantikan pengendali sebelum ini, K. Devan yang meletak jawatan pada Rabu.
"Devan telah berbincang dengan saya dalam beberapa minggu sebelum ini mengenai hasrat beliau untuk meletak jawatan. Beliau mahu berundur secara baik dan saya hormati permintaan beliau," kata Annuar.
Menurutnya, Devan telah lama menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan tetapi telah menangguhkannya.
Mengenai pemilihan Popov sebagai pengendali baharu, Annuar berkata pihak KAFA bersetuju menggunakan khidmat Popov memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman memimpin kelab profesional Asia.
"Beliau mempunyai banyak pengalaman antarabangsa. Beliau juga yang melatih Ali Ashfaq (pemain Maldives dalam pasukan bola sepak PDRM) dan banyak pemain-pemain Asia yang lain.
"Sebenarnya kami sudah lama kenal... sudah dua atau tiga tahun dulu dan kami sentiasa berhubung. Jadi bila saya terangkan rancangan saya, dia bersedia menawarkan khidmat menggantikan Devan," kata Annuar.
Selain pasukan kebangsaan pasukan Maldives, antara kelab bola sepak yang pernah dikendalikan Popov ialah Cherno More (Bulgaria), New Radiant (Maldives), Sur Sports Club (Oman) dan Suphanburi (Thailand).
Popov akan berangkat ke Kalantan malam ini bagi memulakan tugas untuk mempersiapkan pasukan untuk menentang Selangor minggu hadapan dan satu perlawanan berikutnya.
Sementara itu, Popov, 40, ketika ditanya mengenai tugasnya itu berkata beliau akan menilai prestasi pemain selepas dua perlawanan itu selesai sebelum membuat sebarang perubahan.
"Ia merupakan satu tugas besar. Kelantan merupakan satu daripada pasukan kuat dalam Liga Malaysia. Saya sudah bersedia sepenuhnya dan akan cuba membantu pasukan untuk menang pada musim ini.
"Saya akan cuba yang terbaik (untuk Kelantan) memenangi trofi. Ia satu tanggungjawab besar dan semuanya mungkin untuk memenangi piala. Mereka mempunyai potensi besar," kata Popov, yang menerima tawaran itu dua hari lepas.
Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk membuat perubahan besar terhadap barisan pemain pasukan walaupun terdapat peluang untuk pasukan membuat perubahan dalam tempoh pengambilan pemain baharu untuk pertengahan musim Liga-M.
Bernama
Fri May 13 2016
Annuar (kiri) bergambar bersama Popov pada sidang media KAFA. - Foto BERNAMA
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.