KUALA LUMPUR: Beraksi dengan seratus peratus pemain tempatan tidak menghalang Petaling Jaya (PJ) City FC untuk membuka kempen Liga Super 2022 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka United di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
Penyerang S. Kumaahran muncul wira pasukan apabila berjaya meledak gol tunggal perlawanan menerusi 'volley' cantik dari luar kotak penalti tepat ke gawang menewaskan penjaga gol Norazlan Razali pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua, skuad 'The Phoenix' terus melakukan serangan bertali arus, namun tidak mampu meningkatkan jurang dihadapan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya baharu diketuai oleh Kim Pan Gon, yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu.
Untuk rekod, Melaka United menurunkan lima pemain import terdiri daripada Mikel Justin Cagurangan Baas dari Filipina di bahagian pertahanan, pemain tengah Sony Norde (Haiti), Emmanuel Oti Essigba (Ghana) serta penyerang Ifedayo Olusegun (Nigeria) dan Adriano Narcizo (Brazil) pada kesebelasan utama perlawanan tersebut.
Sementara itu, perlawanan tunggal Liga Premier malam ini menyaksikan Kelantan FC mengecewakan tuan rumah Johor Darul Ta'zim (JDT) II dengan kemenangan 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Skuad 'The Red Warriors' membuka jaringan menerusi pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan Indonesia, Natanael Siringo Ringo yang berjaya menyudahkan serangan balas pantas dalam situasi satu lawan satu pada minit ketujuh.
Pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan, turut menerusi serangan balas daripada Daryl Sham pada minit ke-75 selepas menerima hantaran daripada Garbiel Nistelrooy Tamin, namun skuad kendalian Rezal Zambery Yahya berjaya mengesahkan tiga mata menerusi jaringan Jasmir Mehat dari jarak dekat pada minit ke-89.
Tiga lagi perlawanan yang dijadualkan pada malam ini - aksi Liga Super Sri Pahang FC menentang Terengganu FC serta aksi Liga Premier Perak FC bertemu Kelantan United dan Selangor 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN - ditunda kerana penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pemain dan anggota pasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022

Pemain PJ City FC Kumaahran Sathavisam meraikan gol ketika menentang Melaka United FC pada aksi pertama Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Tolong jangan tutup PJ City'
Khabar angin mengatakan kelab itu mungkin ditutup sekiranya tiada mana-mana pihak mahu membeli The Phoenix pada musim depan.

Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.

Momentum JDT terbantut, diikat PJ City
Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan Piala FA Sabtu lepas tidak kesampaian, selepas terikat 2-2 dengan Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi Liga Super malam ini.

PJ City mula kempen dengan kemenangan 1-0 ke atas Melaka United
PJ City FC membuka kempen Liga Super 2022 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka United di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

PJ City masih pertaruh resepi tempatan
"Musim 2022 akan memberi cabaran dan sasaran kami adalah untuk meraih tempat kelima."

Kedah kukuh kedudukan selepas benam PJ City
Kedah melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menewaskan Petaling Jaya City 4-1 di gelanggang lawan sebentar tadi.

PJ City waspada sentuhan pelik Amri Yahyah
Maniam lebih selesa sekiranya PJ City dianggap sebagai kelab 'underdog' dalam pertembungan Liga Super di Kelana Jaya, Sabtu ini.

Harimau Selatan kukuh cengkaman
Skuad kendalian Benjamin Mora memulakan pesta jaringan pada minit kedua hasil tandukan Gonzalo Cabrera yang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Safee belum sedia untuk bersara
Status Safee jadi tanda tanya selepas kontraknya bersama PJ City tidak dilanjutkan.

Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.