BUENOS AIRES: Anak-anak mendiang Diego Maradona memfailkan permintaan kepada Mahkamah Argentina pada Khamis untuk memindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat" dan memberi peluang untuk peminat "memberi penghormatan" di sebuah makam.
Jasad Maradona yang ketika ini disemadikan di tanah perkuburan persendirian di pinggir Buenos Aires disemadi pada November 2020 dalam perarakan pengebumian besar-besaran.
Hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan masuk ke tanah perkuburan berkenaan.
Tanah perkuburan atau makam yang dirujuk keluarga mendiang itu dikenali sebagai 'Memorial del Diez' yang terletak di bahagian belakang pejabat pentadbiran kerajaan Argentina, Casa Rosada.
Tempat persemadian itu akan dibuka kepada orang ramai, kata Veronica Ojeda yang juga ibu kepada anak bongsu Maradona kepada media tempatan.
"Semua waris meminta dengan persetujuan bersama untuk membenarkan pemindahan ke destinasi seterusnya bagi mendiang berehat kekal di tempat yang lebih selamat berbanding sekarang," kata nota yang dikemukakan kepada mahkamah yang ditandatangani oleh Dalma dan Gianinna Maradona dan Ojeda bagi pihak Diego Maradona Jr.
"Dan supaya seluruh rakyat Argentina dan warga dunia dapat memberi penghormatan kepada bapa kami yang merupakan idola terbesar Argentina."
Pemindahan itu akan berlaku sekitar 30 Oktober, tarikh kelahiran pemenang Piala Dunia 1986 itu bersama Argentina, kata salah seorang peguam keluarga itu kepada pemberita.
Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun pada November 2020 akibat serangan jantung.
Astro Awani
Fri May 03 2024

Anak-anak Maradona memfailkan permintaan kepada Mahkamah Argentina untuk memindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat" dan memberi peluang untuk peminat "memberi penghormatan" di sebuah makam. - Foto fail/REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."

Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang 'tersenyum' - Pele
Detik penting buat Messi bermakna dia menyamai Maradona, yang menjadi pendorong di belakang kemenangan Argentina pada Mexico 1986.

Pasukan Argentina memperingati ulang tahun pemergian Maradona
Maradona meninggal dunia pada 25 Nov 2020 akibat serangan jantung selepas menjalani pembedahan otak 'subdural hematoma'.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Saya bangga benarkan gol itu" - Pengadil dalam insiden 'Hand of God'
Pengadil perlawanan tersebut, Ali Bin Nasser dari Tunisia, sekarang berusia 76 tahun berkata, dia berbangga dan berbesar hati membantu Maradona menjaringkan gol terhebat abad itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Peguam dakwa kematian Maradona kerana petugas kecemasan lambat bertindak
Berikutan itu, Morla menuntut siasatan penuh dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian bekas pemain dan pengurus pasukan Argentina itu yang sehingga kini dilaporkan akibat serangan jantung.

Agong zahir ucapan takziah atas kematian legenda bola sepak Maradona
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian legenda bola sepak, Diego Armando Maradona.

Maradona bakal jalani pembedahan buang darah beku pada otak
Maradona dimasukkan ke klinik Ipensa di La Plata pada Isnin dengan gejala anemia, dehidrasi dan kemurungan.

Pendarahan dalam perut, Maradona masuk hospital
Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dilaporkan telah dimasukkan ke hospital di Buenos Aires.