ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 29 Disember 2021.

1. Kes COVID-19 Afrika cecah 9.51 juta

Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC), lapor Xinhua.

2. COVID-19: UK catat 129,471 kes, tertinggi sejak pandemik

United Kingdom merekodkan kes baharu tertinggi sejak pandemik bermula, iaitu dengan pertambahan 129,471 jangkitan harian, pada Selasa.

3. Gempa bermagnitud 6.1 gegar pulau Crete, Greece

Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter melanda pantai pulau Crete di Greece pada pagi Rabu, lapor Sputnik.

4. UNICEF kecam pembunuhan 35 orang, termasuk kanak-kanak di Myanmar

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengecam pembunuhan dan pembakaran 35 orang, termasuk empat kanak-kanak, dan dua pegawai Save the Children di Timur Myanmar.

5. AS kecam serangan maut tentera Myanmar di Kayah

Amerika Syarikat pada Selasa mengecam serangan tentera Myanmar di negeri Kayah, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh pada 24 Dis.

6. Presiden Palestin, Menteri Pertahanan Israel adakan pertemuan

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz di kediamannya di pusat bandar Rosh Ha'ayin pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Israel.

7. 38 terbunuh dalam runtuhan lombong emas di selatan Sudan

Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di Kordofan Barat, selatan Sudan, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh sebuah syarikat perlombongan milik kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.

8. Iran, Rusia optimis hidupkan semula rundingan nuklear

Iran dan Rusia optimis dengan rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 yang sedang berlangsung di Vienna, Austria.

9. Setiausaha Agung PBB gesa agar pemulihan menjadi 'resolusi untuk 2022'

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam perutusannya sempena Tahun Baharu pada Selasa menggesa semua pihak berusaha ke arah pemulihan yang memberi manfaat kepada manusia, planet dan kemakmuran.

10. Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego

Napoli memberi penghormatan kepada Hugo Maradona, adik kepada bekas legenda kelab Serie A Itali itu, mendiang Diego, yang meninggal akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.