Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dilaporkan telah dimasukkan ke hospital di Buenos Aires.
Menurut media tempatan, Maradona ditahan selepas doktor mendapati terdapat pendarahan dalaman dalam perut.
Namun pihak hospital tidak memberitahu dengan lanjut sejauh mana keadaan Maradona ketika ini.
Sebelum ini Maradona sering dimasukkan ke hospital akibat gaya hidupnya semasa menjadi pemain bola sepak paling ikonik dalam abad ke 20 ini.
Jun lalu Maradona turut dimasukkan ke hospital susulan masalah tekanan darah rendah.
Maradona dibawa ke hospital beberapa minit selepas Argentina mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Piala Dunia, apabila mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Nigeria.
BACA: Maradona putus cinta, dihalau kekasih keluar dari rumah yang dibelinya
BACA: Argentina menang, Maradona pula masuk hospital